“Saya Memang Sangat Sedih Sampai Sudah Tiada Air Mata Untuk Ditangisi” – Shakilla Koriri

Hiburan

“Saya Memang Sangat Sedih Sampai Sudah Tiada Air Mata Untuk Ditangisi” – Shakilla Koriri

Pelakon, Shakilla Khoriri akur jodohnya dengan pengacara dan penyampai radio Suria FM, Fizi Ali, berakhir dengan perpisahan.

Shakilla atau nama lengkapnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, dia kini berada dalam keadaan baik, namun, percaya apa yang sudah berlaku merupakan ketentuan Tuhan.

Advertisement

Menurut Shakilla, 32, mengenai hantaran dimuat naik Fizi menerusi Instagram, itulah kenyataannya, mereka memang sudah tiada apa-apa ikatan lagi.

Saya tahu berita ini amat mengejutkan, bukan hanya orang luar yang tidak rapat dengan kami, malah, sanak saudara dan rakan-rakan juga terkejut.

Jujurnya, Shakilla berkata dia dan Fizi sudah cuba untuk memperbetulkan hubungan, tetapi akhirnya mungkin perpisahan boleh membuka fikiran dan hati masing-masing untuk memandang lebih jauh.

Faktor dan puncanya, saya minta maaf. Biarlah ia menjadi rahsia yang terpendam, saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Pelakon drama Adam dan Hawa itu menyifatkan punca perpisahan itu terlalu peribadi untuk dikongsi, malah, cukup sekadar orang ramai tahu mereka sudah berpisah.

Walaupun ia berkaitan dengan orang lain, tetapi perkara ini sudah berlaku. Jadi, saya rasa cukuplah dengan penjelasan ini.

Dalam pada itu, Shakilla turut berterima kasih kepada peminat mendoakan yang baik-baik buatnya sekeluarga.

Baca: Bawa Haluan Masing-Masing, Fizi Ali Dan Shakilla Koriri Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...