Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali memaklumkan khabar duka dia dan isterinya, pelakon Shakilla Koriri, sudah bercerai dan kini memilih untuk membawa haluan berbeza.
Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin menjelaskan walaupun sudah hidup berasingan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.
Menurut Fizi, 32, mereka berharap semua pihak dapat menghormati keputusan ini.
Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.
Malah, penyampai radio itu turut berterima kasih di atas doa yang diberikan semua pihak terhadap keluarga kecilnya itu.
Anggaplah jodoh kami sampai di sini. Terima kasih atas doa-doa kalian sebelum ini untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh redha.
Terdahulu, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.
Mama
December 16, 2021 at 9:22 pm
This time rasa terkejut sebab couple ni jenis humble. Sedih sikit la.
Anon
December 16, 2021 at 1:38 pm
Ya ampun ini yg dgn suraya ajak pagi suria ekk.. Lahhh siannya..ingatkan tak da apa masalah. Mudah2an korang bahagia. Ada jodoh rujuk balik nti.
Anonymous
December 15, 2021 at 4:10 pm
nasib baik dedua x kenal