Written by AbangNara | March 26th, 2015

Siapa yang tak marah bila orang kita paling sayang, orang paling kita rapat diganggu, dikacau dan diperkotak-katikkan. Abang Nara pun pasti akan melenting juga. Abang Nara fahami perasaan Awal Ashaari apabila anaknya, Lara Alana dikatakan ‘hidung kembang’ baru-baru ini. Tersentuh jiwa seorang ayah. Kadang-kadang ada benda yang tak perlu kita nyatakan walaupun ia benar. Simpan je lah di dalam hati. Tak gitu?

awal ashaari lara alana

Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, memang mudah untuk kita meluahkan pendapat masing-masing. Perangai pun macam-macam. Memang susah menjadi selebriti di zaman serba moden ini. Cuma nasihat Abang Nara, sebelum tekan butang ‘send’ untuk komen tue, fikirlah 2,3 kali kalau kena kat batang hidung sendiri. Kata Awal Ashaari:-

Kalau nak cakap bab emosi. Saya yakin semua bapa mempunyai emosi untuk anak mereka. Macam baru-baru ini ketika mengacarakan Melodi, saya sendiri melihat klip rakaman penyanyi Black yang mengamuk apabila anak dia dikatakan menyerupai sesuatu seperti makhluk lain.

Orang sekarang ibaratnya bercakap tanpa berfikir panjang… tak rasional. Tak adil untuk orang sebegini nak bercakap mempersoalkan kejadian dan rupa bentuk ciptaan Tuhan. Bagaimana buruk atau tak cantik pun manusia itu, pada pandangan orang yang menyayangi mereka adalah sebaliknya.

Saranan saya jika sesuatu perkara atau komen itu tidak mendatang kebaikan, lebih baik simpan sahaja dalam hati. Saya bukan tak nak dengar atau baca komen sebegitu. Tapi cuma tak mahu ada unsur negatif yang mengganggu gugat.

Abang Nara sokong kata-kata Awal Ashaari bab ‘pada pandangan orang yang menyayangi mereka adalah sebaliknya’. Memang di mata seorang ayah dan ibu, anak sendiri adalah sempurna, paling comel dan tidak dapat ditandingi. Tak kiralah hidung kemek ke, mata sepet ke, telinga besar ke. Tak ada orang boleh menandingi anak sendiri. Kalau korang seorang ibu bapa, mesti korang faham perasaan ini. Tambah Awal lagi:-

awal ashaari lara alana

Ya saya memang lantang apabila orang kacau mereka yang saya sayang. Nak cakap atau mengutuk fasal diri ini, saya tak kisah. Tapi jangan cakap fasal keluarga, isteri dan anak saya. Kita yang membesarkan anak. Pahit getir hanya kita yang rasa.

Jadi untuk orang luar bercakap itu dan ini. Jangan tahu cakap banyak sahaja kerana bukan mereka ada di tempat kita. Tapi lumrahlah sesetengah manusia ini.

awal ashaari lara alana

Membesarkan anak memang satu perkara yang memenatkan. Bangun tengah malam buat susu, anak menangis tanpa sebab, anak demam, anak kena masuk hospital dan macam-macam lagi. Ia memang memerlukan kekuatan mental dan emosi. Jadi bila ada orang cakap benda yang tak baik tentang anak kita, memang pasti akan melenting. Penat-penat kita jaga penuh kesempurnaan, senang-senang je dikritik tanpa segan silu. Buat Awal dan Scha, bersabarlah. Inilah dugaan menjadi seorang ibu bapa yang bergelar selebriti. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

72 responses to Saya Memang Lantang Apabila Orang Yang Saya Sayang Dikacau – Awal Ashaari

  1. keladi gatal says:

    org yg komen/kutuk tu.. igt baby tu, cam adunan kuih ke boleh dibentuk2 sesuka hati.. aihh..

    0

    0
      • ANOOOONNNN says:

        RARAARANA RARAARANA RARAARANA RARAARANA RARAARANA RARAARANA RARAARANA RARAARANA RARAARANA RARAARANARARAARANARARAARANARARAARANARARAARANARARAARANARARAARANARARAARANA

        0

        0
      • amboi says:

        padah letak nama lara ni
        petanda awal
        kecik2 pun dah jadi ribut
        itu ini orang semua gaduh, since dia baru lahir lagi
        mcm2 baby ni kena
        kesian baby
        parah dapat mak bapak mcm ni

        0

        0
      • Cakap aku memang betul says:

        Tak perlu bagi petua stakat bab2 nak tambahkan kecantikan. Tgk keadaan la..lgpun baby lara dh cukup comel n sempurna sgt. Hidung baby akn naik slow2 dlm proses pembesaran tak perlu nk picit2. Hidung scha pn takde la kembang, sebaliknye hidung scha mmg nmpk unik menambahkan lagi terserlah kecantikannye.. Kalau nak bagi petua utk kesihatan ke,mgkin org boleh terima…

        0

        0
    • Anonymous says:

      Sokong apa yg awak ckp… Bukan mcm adunan kuih yg boleh dibentuk2 sesuka hati…

      0

      0
    • Anonymous says:

      Rasanya semua ibu bapa akan lantang dan sedih bila baby nya dikacau dan diperkata macam2. Tak suka mak ayah dia, jangan lepaskan kat anak. Siap nak sinis2 dan perli2. Yang kejam kat budak2 ni sekejap je pembalasannya, takpun satu hari nanti anak sendiri yg terkena. Bukan semua orang suka kita, esok2 ada orang tak suka mereka, anak mereka yg terkena. Tengok la anak awal tu, coomel je pon ape lah masalahnya pada mata yg mengata mcm2 tu. Scha tu hujung hidung tak mancung, still jadi perempuan yg cantik. Ummi Nazeera pun sama. Ramai lagi lah

      0

      0
    • ntahpape says:

      dia yg post bagai gambar anak,,bila org tegur n kutuk sikit mgamuk plak jantan ni.. kalo xnak org kutuk..xyah nak asik nak update gambar anak je..siap ada fb,ig bagai.. nak semua org puji anak dia comel gaknye.. tu yg perlu ko bayar bile tlalu exposekan anak ko.. sori eh awal.. mmg x minat dgn ko ni..awal tau..

      0

      0
      • aku meluat awal bapok says:

        sokong. awal ni memang over. tak la popular mana. berlagak ja lebih. pi jamban lah

        0

        0
      • z says:

        jadi kalau makbpk upload gamba baby dorg banyak2,boleh jadi lesen nak kutuk hina la? people like you should not breed. please castrate yourself.

        0

        0
  2. misz eyda says:

    Sabar je awal.itulah harga yg perlu dibayar jika kita selebriti.papepun lara cute dan adorable.

    0

    0
  3. Sabarlah Awal dan Scha…Apa pun rupa anak-anak kita itu adalah kejadian Allah SWT. Yg penting sihat dan sempurna tubuh badan, tiada cacat cela. Pedulikan apa org nak kata..Memang manusia mcm2 ragam…Kalau adik-beradik tak sama rupa atau warna kulit pun orang mengata..Setandan kelapa pasti ada yagn komeng..betul tak?..

    0

    0
  4. mutiara says:

    awal neh cuit sikit melenting sampai terpelanting..tengoklah macam isu pengacara tu..sikit2 nak sentap..bukan org hina anak tu berbakul pon..hati tisu per..

    0

    0
  5. zietafus says:

    awal dan scha sebenarnye dieorg jeles tngk anak korang yg comel..lara adalah baby paling comel yg tercipta oleh Allah..ank i itam kulit die tp i rase ank i yg paling cantek d mata i tau..sbgai parents kte mesti lawan org yg bodoh dan kurang agama mcm dieorg..suke beza bezakan kurniaan Allah yg esa..btw awal n scha beranak ramai2..ank u all mmng sempurna mcm korang jugak..all the best untuk awal n scha love uolls..

    0

    0
  6. tweety says:

    lara alana seorang bby yg sangat comel…walau apa pun setiap kejadian tuhan kite x bole pertikaikan…

    0

    0
  7. perlis m\girl says:

    aku rasa anak dia dah cukup comel dah. tapi kesian kena jugak kutuk. sabar jela….

    0

    0
  8. Anonymous says:

    bg i kalau org bg petua or nasihat i just blk ok,yeke,insyallah je mls nk pnjg crita.. mmg sentap tpi manusia ni kn lain.. lg2 artis.. kte kalau pnjg2 cite pun x jd apa.. tpi i respek rosyam nor x tunjuk sgt ank bini johan pun sama kan.. sbb dorg tau kdg2 mulut manusia brani di keyboard je.. dpn2 puji mlambung2.. so xyah tunjuk.. ati x sakit jiwa tenteram..

    0

    0
  9. hate nara like dis says:

    tolong la nara.. xpyahla keruhkan keadaan. nt berlambak org komen kt sini.. btw.. lara so cute.. like papa n mommy..=)

    0

    0
  10. burn says:

    bosannnn…ceta sama…dah publish kt public coz lorh byk komen..next…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Mmg btl pun apa yg awal ckp,xperlu sibuk nk pertikaikan rupa ank org lain,malu ler sikit rata2 yg mengata org islam pula tu,nk tegur biar bertempat makbapa dia pun x kisah yg org lain pula suka sibuk hal org,semua ciptaan Allah indah2 belaka terutama bayi sbb mereka dilahirkn tanpa secalit dosa x perlu nk membezakn atu mempertikaikan..

    0

    0
  12. jaja says:

    cukup sifat cantik la tu..kejadian allah jng di pertikaikan..

    0

    0
  13. jaja says:

    Semua tu allah yg jadikan..layak kah kita nak mempertikaikannya..

    0

    0
  14. Anonymous says:

    sudah2la nara siarkan cerita diorang ni..makin ramai orang awam yg memaki hamun t..makin ramai ler yg buat dosa..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    mengaku jela awal memang hati kau tisu..advisor tu cuma cakap takut hidung kembang..kalau kau bukan hati tisu kau mesti nampak ayat tu straight je bukan nak interprete benda sebaliknya..

    0

    0
    • Anonymous says:

      bagi saya rara comel..tapi tak menafikan juga yg awal memang jenis sentap

      0

      0
      • Anonymous says:

        Makbpk mana x sentap anak kene kutuk hidung kembang?? Makbpk ko pun sentap klu ko kene kutuk ms kecik.. Standard latu

        0

        0
  16. qaseh nasrul says:

    Pada awal n scha.. Biar apa yg org nak ckp pasal rara yg comel tu… Asalkan rara sihat sempurna seadanya apa yg Allah kurniakan alhamdulillah… Yg nak mengata tu cantik sgt ke anak nye…. Mancung sgt ke hidungnye… Asalkan rara membesar dgn baik n sihat …

    0

    0
  17. Anonymous says:

    sape pn akn marah bila org y kita sayang d hina..d caci..d kata…tapi aku tengok awal ni menjak kawin hatinya mudah sentap..sebenarnya dia memg sayang sgt kat scha n anaknya…sb tu bila org mengutuk dia akn sentap..tapi kadang dia org ni klau kutuk teruk sgt…mcm la ank dia org cantik sgt..bukan ngutuk lara jer…scha pn d kutuknya kata idung kembang la..pd sy scha cantik ap..idung x ad le besar kembang sgt atau kemek…enth2 klau nk d bandingkan ngan orang y komen tu…idung dia lagi besar mcm terowong…

    0

    0
  18. +ve thinking says:

    haih ko nk baby tu muka mcm mana lg? nk suruh ikut muka ko? baby tu xkacau pown hidup ko, yg ko busuk perut sgt knp.. aku tgk baby lara ni kiut jerw.. klu aku ada ank aku nk muka ank aku kiut mcm baby lara ni.. xslh nk comnt or bg petua, tp mcm mak aku ckp la, puas gak tolak lelangit aku masa baby, kononnya nk kasi hidung tu mancong la, tp hampeh dh baka kombang tu kombang gak la.. hahahaaaaa
    kpd keyboard warrior tu plz keep quiet n sit down properly, Juz get a life n dont busy body k bye

    0

    0
  19. anum says:

    omg…makcik tu cuma nak cantikkan lg lara alana ni la..dia bg nasihat je..i pun selalu d bg nasihat gitu n sepupu2 i pun gitu gak..tak pernah la kitaorg melenting mcm awal ni..pelik aku..org tua nasihatkan gitu sbb dia minat awal ni kut n syg lara tu..for me awal ni cepat meroyan aku tgk..tak follow dia kat ig tu even lara pun..tp mana2 web gosip artis malaya ni aku masuk ada je pasal dia n scha tu..heran..pasal makcik nasihatkan utk mancungkan hidung ank dia dah ribut semalaya..haha..shawal ni mmg kepoh kaki royan..tak mau anak d kutuk stop tayang2 anak dgn halusinasi caption lara tu..nak minta puji sgt cermin dulu diri tu..mak aiih..senduuuuu

    0

    0
  20. anum says:

    scawal kuat meroyan …..makcik tu nak bg nasihat je la..bukan tegur…terasa lebih pula sendu ni..tak mau d tegur gitu stop public kan anak kecik tu..nak minta d puji je anak hang tp bila jd tatapan org kna la trima pro n kontra..tak semua org d dunia ni sempurna..i n sepupu2 i d nasihatkan ole orgtua2 pasal ni..rajin tarik hidung baby spya mncung..ko meroyan smpai heboh semelaya..bangang ko awal..nasihat la tu bukan d hina..bljar tak abis..

    0

    0
  21. Anonymous says:

    yela awal..nasib baik pelawak yg kau maksudkan masa kes jd pengacara AF tu tak sentap & lantang balik mcm kau bt ni..ingat2 la..masa tu pun kau lantang cakap live dlm radio “saya ni tak cukup bagus ke sampai amik pelawak jadi pengacara”..rasanya ayat kau pun sama maksud macam ayat si penngkomen tu kn???bukanke kau pun memperkecilkan org lain???betulla org ckp tuhan bayar cash..so muhasabah le dr sblm nk tuding jari kt org lain

    0

    0
  22. team hidung kemek says:

    Aku pun hidung kemek gak..sentap jugak bila lara kena kutuk….anyway..kawin gak aku ngan doktor ancem..hahahahaha

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Dlm byk2 artis tomok je yg stedy..releks je dan x terlalu expose ank dia even ank2 dia comel2 belaka.. buat org ttggu2 nk tgk gmbr & video ank2 dia yg comel2 tu..hehe

    0

    0
  24. Anonymous says:

    satu je aku musykil..knp citer ni ramai yg komen r???ada lg 2 citer pasal diorg pun ramai yg komen..then every komen yg kutuk awal mesti ada tanda thumbs down..mungkinkah yg thumbs down ni awal ashaari??? heheh..

    0

    0
    • Anonymous says:

      bukan kot.sebab semua komen kutuk mengutuk tu aku akan thumbs down.aku bukan awal.bukan jugak scha.
      lalalalalalalaala

      0

      0
  25. bukan siapa2 says:

    apa la yang org bagi petua tu kacau kau awal?
    aku rasa org tu cuma bagi petua & ada selit ‘supaya hidung tak makin kembang’ ko panas sangat kenapa? kacau kau ke? kutuk ke tu?
    aku rasa orang tu lebih kepada concern je kot, cuma mungkin penggunaan ayat dia tak berapa sedap didengar, kalau tak puas hati tegur jek la elok2, memang cara ko malu kan orang balik agaknye ye?
    lain kali up msg besa2 kat IG kau lah wal..
    DILARANG BAGI PETUA UNTUK LARA.. LARANGAN KERAS!!
    awal oh awal… sighh..

    0

    0
  26. OneDirectionNangismacamnakmampus says:

    awal…naseb baik scha nak kat kau kalau tak jadi pengganti Azwan Ali lah koooottt

    0

    0
  27. Anonymous says:

    comelnya rara….

    0

    0
  28. jenny says:

    GENETICS. Hasil keturunannya. Tiada perkembangan positif.

    0

    0
  29. ni says:

    mmg kembng pun.. nak buat mcm manaaaa…

    0

    0
  30. anon says:

    belagak,perasan bagus podahhh

    0

    0
  31. right?? says:

    Actually pminat bg cr nk mncungkn hdung je..x de ktuk atau hina ank dia.klu tgk byk lg cra ,ade yg ltak cr nk ade lsung ppit,lbatkn rmbut.tp mngkin dh Awal x ske,pe yg kite leh wat.dia post bgai ank dia pn just 4 sharing je.suma mak bpak akn wat gtu,nk2 bla ank yg slung atau yg ssah nk dpt ank.klu aku pn sdih bla org sbut je tp d sblik mksud nya tu ade mkne.jd pham2 sndri lh.x pyah nk tnggu baby,kite yg dwasa ni bla org sbut/ ckp mngenai klemhan kite..dr ctu blh tau smada sdih atau hrus snyum.

    0

    0
    • kuku says:

      betul tu..aku dh baca komen tu byk kali dah.. xde ayat hina/caci/maki baby tu..ayat dia just straight forward utk share petua.. malangnya ramai pulak yg over interprete ayat peminat tu.. kesian..

      0

      0
      • Anonymous says:

        itu yg aku tak faham..ramai pulak yg mata kero pg pertahankan mamat sentap tu..ke sbenarnya sume tu komen awal ashaari???

        0

        0
  32. aky sebatang kara says:

    Ewwwwwwwww AA yg ni tak habis habis meroyan….dah memang anak ko hidung kembang, bukan suruh buat plastic correction ke apa…bagi petua je kat ko mana tau boleh diamalkan…

    AA amboi2 tetap diva no 1 kuuuu

    0

    0
  33. ME says:

    Takkan org nak puji je anak ko..Tu salah satu petua nak kasi hidung anak mancung sikit mmg tulang hidung baby masih lembut..aku pun ada gak auntie India kasi petua ni kat aku dulu, auntie tu kata diaorang masa mandikan baby tarik2 hidung baby tu ..lagi sampai nangis2 budak tu..tu la pasal hidung depa nampak tinggi ..ko ni hidung tinggi @ sombong.. tu pun nak mengamuk..aku mmg tak minat pun dia ni..sorry!

    0

    0
  34. ME Hailam says:

    Itu petua org India,masa mandikan baby diaorg tarik2 hidung baby tu sbb keadaan tulang hidung yg masih lembut..Halo2 takkan ko nak suruh org puji je anak ko..aku ada gak org bagi nasihat mcm tu untuk anak aku dulu..tak marah punnn..SENDU je dia nih!

    0

    0
    • anum says:

      aah..anak i pun selalu d suruh d tarik2 hidung tu..i tak melatah mcm awal ni pun..org prihatin nak anak dia tambah kiut..tutup la ig anak tu klu tak mau trima nasihat..

      0

      0
  35. Kemek Suhaiza says:

    yg komen bagi petua tuh hidung mancung sgt ker kalau dia pon org melayu mesti hidung kembang sket gak kan, kesian kat baby nih tak tau apa2 org dah kutuk, nak bagi petua2 pon tgk tempatlah kalo org mintak pendapat, kalau tak tolong diam jgn komen!

    0

    0
  36. taufiqhelios says:

    orang bodoh pon tahu bila baca komen tu adalah bagi cadangan. bukan mengutuk. so yang tak faham tu adalah lebih bodoh dari orang bodoh la kot. hahahha. awal ni pondan eh. sentap tak habis habis. hahaha kbye

    0

    0
    • Anonymous says:

      kesimpulannya..ramai org kat malaysia ni tahu membaca tp tak faham apa yg dibaca..sudahnya ayat straight forward nk interprete benda yg bukan2..asyik nk fikir negatif je..

      0

      0
  37. kardio says:

    alahai artis Malaya nie…iq rendah….dah kau bagi peluang dalam media social utk orang bagi feedback…so sudah tentu kau terima pelbagai feed back baik yg positive atau negative….bila dapat yg positive buakn main suka but bil kena yg negative meroyan bukan main….low mentality….

    0

    0
  38. Anonymous says:

    Selepas tonton pic anak dia …
    FAKTA : Mmg hidung anak AWAL kembang

    0

    0
  39. Lyana says:

    Adeh…relex la bro…itu pun nak melenting ke?
    Konpemla anak tu ikut ropa mak ayah…idung tu, tak kan tak perasan ikut siapa…
    Awal @ Scha je…

    0

    0
  40. Anonymous says:

    Agak nye bila dah besau , kembang sebab x mancung kan masa kecik2 dulu baru nak cakap saya terima ketentuan ilahi… dalm hati nyesal x sudah…..

    0

    0
  41. Anonymous says:

    hidung ikot emaknya

    0

    0
  42. Anonymous says:

    ikut hidung scha lah….dah mak dia

    0

    0
  43. ana says:

    Aku pun x fhm la sifat n sikap manusia Ni..nak tanya kenapa mesti nk mempertikaikan kejadian tuhan?ckp ank org ni x comel la mcm2..tahu x itu dah umpama kutuk ciptaan tuhan.nk tanya comel sgt ke ank korg smpai kutuk ank org..jgn riak sgt..klu org kutuk ank aku pun aku sentap..sb aku ngan ank aku x kacau org..so bt pe nk sibuk..psl upload pic lara dlm fb hello biasala diorg pun manusia biasa mcmla korg x tgkap gambar masuk dlm fb..

    0

    0
  44. annette says:

    To Awal n Scha, God create all babies beautiful n perfect, and your little one Lara Alana is no less, beautiful n perfect just like u.. No need to feel for all the people who like to critic or belittle us.. don’t let them tell us what to do.. we are our own happiness.. u know u are beautiful, ur baby is beautiful, and that’s all that matters. Listen to Colbie Caillat ‘Try’.

    0

    0
  45. Julie faralisa says:

    Anak dia ni selalu melalak. Rajinkan selalu zikir di telinga anak

    0

    0