March 23rd, 2015

Selaku seorang ayah, Abang Nara faham perasaan Awal Ashaari. Iyerlah, anak sendiri memang tampak comel dan sempurna di mata kita. Tak kiralah hidung kembang ke, mata kecil ke, gigi rongak atau sebagainya. Tup-tup datang seseorang yang tidak dikenali memberi nasihat untuk memancungkan hidung anak kita. Itulah yang terjadi kepada Lara Alana, si jantung hati Awal Ashaari dan Scha Al Yahya.

awal ashaari

Walaupun kata-kata yang dikeluarkan berbentuk nasihat/petua, ia tidaklah bersesuaian lebih-lebih apabila ayat hidung kembang digunakan. Lagipun selaku seorang ayah, Abang Nara pasti Awal Ashaari mahukan yang terbaik untuk anaknya. Segala tips dan petua ini pasti telah diketahui oleh Awal. Tapi kelakar juga komentar yang dikeluarkan oleh Awal. Tak biasa ‘tarik-tarik otak’. Memang win!!!

awal ashaari

gambar ini sudah pun dibuang

 

Biasalah bila nasihat yang dikeluarkan adalah menerusi tulisan di laman sosial, memang ia mampu menimbulkan salah faham. Kemungkinan si pemberi nasihat itu memang ikhlas nak bagi petua. Cuma ia disalahertikan oleh Awal Ashaari. Secara jujur, kalau Abang Nara dapat nasihat macam ini pun mungkin boleh jadi salah faham. Iyerlah, tulisan mana ada nada untuk kita ketahui maksudnya secara 100%.

awal ashaari

kata-kata Awal selepas kontroversi

Apa pun, Lara Alana memang comel di mata Abang Nara. Hidung kembang ke, hidung mancung ke, kecomelan tetap kekal abadi. Semoga Awal Ashaari tidak terasa hati lama-lama. Nanti tak ada pula gambar Lara Alana dikongsikan. Kepada si penasihat, terima kasih atas tips anda. Nak cuba untuk anak perempuan Abang Nara pulak. Hehehe.


Comments are closed.

Loading...