“Saya Masih Tinggal Di Rumah Itu” – Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Api, To’Ki Dibantu Baitulmal Cari Rumah Sewa Baharu

Hiburan

“Saya Masih Tinggal Di Rumah Itu” – Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Api, To’Ki Dibantu Baitulmal Cari Rumah Sewa Baharu

Penyanyi popular era 90-an, To’ki enggan menjawab dakwaan bahawa dialah penyanyi yang enggan membayar tunggakan sewa rumah yang mencecah RM3,600 sehingga diberikan notis keluar.

To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur dikatakan turut menganggu jiran sekeliling kerana bertukang di tengah malam selain membiarkan kawasan persekitaran kediaman kotor.

Advertisement

Saya tak nak komen buat masa ini.

Media sebelum ini mendedahkan pemilik rumah yang didiami To’ki itu telah membuat laporan polis berkenaan kes itu.

Toki

Penyanyi lagu Seni Berzaman yang dihubungi Harian Metro berkata, dia masih tinggal di rumah berkenaan dan turut dibantu pihak Baitulmal.

Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka.

Terdahulu, To’ki didakwa tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 yang tertunggak sejak Jun sehingga September.

Malah, bil elektrik juga tidak pernah dibayar sehingga mencecah RM7,000.

Penyanyi itu kemudian telah menerima notis mengosongkan rumah namun tidak diendahkan dan pemilik rumah telah memberi kebenaran kepada To’ki dan keluarga untuk tinggal sehingga penghujung bulan Oktober setelah bertemu pegawai Baitulmal.

Pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik rumah tersebut kepada pemilik. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penyanyi tak bayar sewa
1 year ago

"Bil Api Tunggak RM6K" - Penyanyi Lelaki Popular 90-an Tertunggak Sewa Rumah RM3K, Dah Bagi Notis Tapi Buat Tak Tahu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...