“Bil Api Tunggak RM6K” – Penyanyi Lelaki Popular 90-an Tertunggak Sewa Rumah RM3K, Dah Bagi Notis Tapi Buat Tak Tahu

Hiburan

“Bil Api Tunggak RM6K” – Penyanyi Lelaki Popular 90-an Tertunggak Sewa Rumah RM3K, Dah Bagi Notis Tapi Buat Tak Tahu

Satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an selepas didakwa gagal membayar tunggakan sewa rumah.

Menurutnya, penyanyi tersebut tidak membayar sewa sejak Jun lalu dan ia kini sudah mencecah RM3,000 dan notis mengosongkan rumah sudah diberikan.

Advertisement

Difahamkan, notis itu diterima oleh isteri penyanyi tersebut namun tidak mengendahkan dan mereka kekal duduk di rumah berkenaan.

bil letrik

Bukan itu sahaja, penyanyi itu turut didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik sebanyak RM6,770 dan sering mengganggu jiran tetangga.

Kata wanita itu, dia sudah berjumpa dan berhubung dengan mereka melalui telefon untuk berbincang serta meminta pasangan tersebut keluar dari rumah.

Penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Dia turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata dan menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata tuan rumah terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Setapak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Opick
8 months ago

"Pakaian Saya Dibuang, Alat Solek Saya Dihancurkan" - Isteri Penyanyi Dakwah Dihalau Daripada Rumah Oleh 'Seseorang'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...