Pelakon jelita, Riena Diana mengakui sendiri bahawa dirinya sudah bersedia untuk melakonkan babak ranjang.
Katanya, bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelakon, dia sanggup melakukannya jika ia boleh menguatkan plot cerita tetapi bersyarat.
Sebenarnya saya tidak kisah terbabit dalam babak intim atau ranjang, sebab empat tahun dulu pernah laksanakan adegan sama dalam sebuah drama.
View this post on Instagram
Menurut pelakon tersebut, sebelum ini dirinya ada saja melakonkan babak intim seperti didukung oleh Aidil Aziz, lalu dicampak ke katil tetapi ketika itu zaman viral belum ada lagi.
Riena juga berkata dia mahu menggalas pelbagai karakter bagi membuang stereotaip orang ramai mengenai dirinya berlakon dalam drama komedi.