Selepas teruk dikecam dek menyelar wartawan secara siaran langsung, penyanyi veteran Datuk Hattan mengambil langkah mendiamkan diri kerana enggan memburukkan lagi keadaan.
Melalui laporan Kosmo, Hattan berkata disebabkan kontroversi ini berlaku, dia dapat mengenali siapa kawan dan lawannya di dalam industri seni.
Hattan turut meluahkan rasa syukur kerana kerjayanya sebagai anak seni sama sekali tidak terjejas biarpun terpalit dalam isu hangat.
Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang.
Bertanya berkenaan dirinya menerima kecaman yang hebat, penyanyi berasal dari Negeri Sembilan ini memberitahu mentalnya dalam keadaan baik dan akan mengeluarkan kenyataan apabila situasi sudah reda.