“Itu Karma, Dulu Mengata I Macam Macam Kan!” – Ifa Raziah ‘Sekolahkan’ Hattan Balik?

Hiburan

“Itu Karma, Dulu Mengata I Macam Macam Kan!” – Ifa Raziah ‘Sekolahkan’ Hattan Balik?

Hangat dibicarakan tentang isu penyanyi Dato Hattan dan penyampai berita Astro Awani baru-baru ini dan rakan selebriti, Ifa Raziah turut tidak terlepas mengulas tentang hal tersebut.

12 months ago

Makin Tegang, Astro Awani Akui Ada Bukti Hattan Diberi 'Briefing' Sebelum 'Live' - "Dia Memilih Untuk Biadap Bila..."

Advertisement

Katanya, kesalahan tidak patut diletakkan kepada penyampai berita sepenuhnya tetapi produser juga perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku memandangkan soalan semaunya daripada mereka.

Namun kata Ifa, berdasarkan pengalamannya selama 8 tahun, pengacara atau pembaca berita juga tidak dinafikan cenderung untuk membuat silap.

Menerusi live di TikTok, Ifa berkata biasanya individu yang akan ditemu bual pasti akan dimaklumkan sebelum bersiaran oleh pihak produksi.

Bukan itu sahaja, usahawan terbabit turut menegur sikap Datuk Hattan yang tidak menjawab dengan elok apatah lagi dia berpengalaman dalam dunia hiburan.

Mungkin waktu itu Dato Hattan sedang bad mood. Bagaimanapun cara menjawab tidak boleh begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan.”

Ifa dipercayai memaksudkan kata-kata dan komen Hattan terhadapnya ketika menjadi juri dalam program Terpaling Juara di mana dia ketika itu menjadi ‘anak murid’ bimbingan Kapten Naim Daniel.

Sebelum ini, komen Hattan sebagai salah seorang juri terhadapnya selepas membuat persembahan mingguan di program tersebut sering meraih perhatian ramai.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh!Media

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...