March 27th, 2017

Menjadi seorang yang bernama Rozita Che Wan ataupun mesra dengan panggilan Che Ta memerlukan semangat yang kuat , hati kental dan sering berfikiran positif. Iyalah, Che Ta sering sekali  dikritik dan setiap tindak tanduknya akan menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini beliau sekali lagi dikecam pengguna media sosial gara-gara komen “betina” merujuk kepada wanita yang didakwa sebagai punca masalah rumah tangga Baizura dan Aqasha.

Walaupun dikecam agak teruk, Che Ta tidak pernah menyimpan dendam terhadap netizen dan sudah memaafkan mereka. Menurut Che Ta, ini adalah salah satu perkara yang beliau harus hadapi sebagai artis.

Orang kata saya suka mengata orang itu ini, tak mengapalah. Saya anggap mereka tak kenal kita, maafkanlah orang begitu.

Lagipun, mereka yang menghentam lebih-lebih itu kebanyakannya mirip akaun palsu kerana tidak ada pengikut. Kalau sudah tak boleh tahan, saya sekat sahaja akaun itu. Tak tahulah sudah berapa banyak yang saya sudah sekat setakat ini.

Seperti yang Che Ta katakan, sebagai artis inilah situasi yang beliau hadapi hampir setiap hari. Perkara yang bijak untuk dilakukan adalah dengan tidak terlalu memikirkan setiap kritikan negatif.

Sumber Berita : Kosmo!


Comments are closed.

Loading...