Sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-39, pengacara terkenal bernama Nadia Annuar membuat penampilan mengejut dengan berkongsikan satu foto duduk di atas kerusi tanpa memakai tudungnya lagi.
Jika sebelum ini Nadia menggayakan tudung dengan menampakkan sedikit rambut di bahagian hadapan, kini dia berani tampil dengan penampilan free hair.
Dalam perkongsiaan tersebut, Nadia berharap agar Allah SWT memberinya kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
Malah, pengacara tersebut turut berkongsikan bahawa banyak hal yang sudah dilalui sepanjang tahun lalu dan banyak juga yang telah dipelajari olehnya.
Jika meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikut meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Nadia untuk tampil tidak bertudung lagi dan juga berharap dia diberi kesedaran.