“Beria Terpaling Aurat Fans, Last Last Bini Free Hair” – Individu Perli Haqiem Rusli Isu ‘Cover’ Aurat Peminat

Hiburan

“Beria Terpaling Aurat Fans, Last Last Bini Free Hair” – Individu Perli Haqiem Rusli Isu ‘Cover’ Aurat Peminat

Sejak beberapa hari lepas, hangat menjadi bualan tentang isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea yang membuat keputusan untuk kembali free hair.

Pada mulanya netizen mula perasan Anis memadam banyak gambar di akaun Instagram sebelum menyedari dia tidak lagi memakai hijab.

Advertisement

Perkara itu menjadi bualan ramai sehingga Haqiem Rusli sendiri telah tampil memberi penjelasan daripada pihaknya dan meminta orang ramai memberikan ruang buat isterinya.

Tegas Haqiem dia sudah menjadi suami terbaik sepanjang mendirikan rumah tangga namun menganggap keputusan Anis sebagai ujian dalam hidup perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, ada netizen di media sosial memerli penyanyi lagu Lembah Kesepian berkenaan dan mengungkit tentang kenyataannya suatu ketika dahulu.

Haqiem dahulu pernah dipuji ramai kerana tidak memuat naik gambar peminatnya yang tidak menutup aurat atau akan sunting gambar dan menutup bahagian aurat wanita.

Bagaimanapun, hantaran individu ini diselar oleh sesetengah orang yang berpendapat prinsip Haqiem itu tiada kena mengena dengan tindakan isterinya free hair.

Beberapa individu dilihat mengingatkan yang lain untuk menjaga mulut serta tidak mengungkit tentang hal tersebut hanya kerana apa yang berlaku kepada Anis sekarang.

haqiem rusli sedih
1 year ago

"Aku Punya Hati Dan Perasaan, Aku Tidak Mahu Menangis Lagi" - Peminat Bimbang Lihat Keadaan Haqiem Rusli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...