July 10th, 2019

Selepas dihimpit pelbagai spekulasi, akhirnya pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim sah bercerai talak satu pagi tadi. 

Mawar berkata, sepanjang tempoh enam tahun perkahwinan dia sudah berusaha untuk menyayangi Fizo dan keluarga demi kebahagiaan mahligai yang dibina. Malah, kedua-duanya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi tiada keserasian lagi.

Namun, Mawar redha dengan ketentuan takdir dan dia sanggup berkorban demi kebahagiaan Fizo dan keluarga.

Selama enam tahun tempoh perkahwinan kami, saya telah cuba dan Fizo telah cuba untuk selamatkan perkahwinan ini. Mungkin sampai sini sahaja usaha saya untuk mencari keserasian antara Fizo dan keluarga. Saya korbankan kasih sayang saya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga.

Mengakui masih menyayangi bekas suaminya, Mawar bagaimanapun enggan mengulas lanjut soal memberikan peluang kedua kepada Fizo. Masih terlalu awal untuk berbicara mengenai perkara berkenaan.

Difahamkan, perceraian mereka berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.

Sumber Berita : Kosmo Online

Kredit Foto : Astro Gempak


136 responses to “Saya Korban Kasih Sayang Demi Kebahagiaan Fizo Dan Keluarga – Mawar Karim”

  1. Anonymous says:

    mungkin si suami boleh cari rumah dekat2 dgn area tu….6 thn dia tak selesa ditambah dgn baby.

  2. Anonymous says:

    Mmg byk problemlah kalau mak mertua gn menantu perempuan kalau duduk sekali…Islam pun menggalakn suami cari rumah untuk isteri.

  3. Zaira says:

    Msg2 kena tolerate la. Yg anak,kena la tau batas2 menjaga hati dua2 wanita. Aku kawin dgn org KL yg maknya asal Kelantan. So far, ok je setakat ni,xde la geng2 berangkut menempek rumah sedara mara. Aku pun tak pnh dipaksa utk ikut cara dorg,wlpn dlm rumah aku sorg je ckp KL. Klu x fhm aku tanya. Aku plk yg segan sbb dorg x berkira. Mgkn nasib Mawar dpt yg perangai hulu(klu itulah puncanya).

  4. Imah says:

    Ramai je jantan anak mak, x kira negeri, aku org terengganu ank yatim, x de nak angkut adik beradik pun, tp bekas laki aku org jerlun kedah sampai sekarang ddk dgn mak bapak dia. Bertahun nk rujuk dgn aku, sorry la…..

  5. Mawarberduri says:

    Takziah untuk FizoMawar. Sepatutnya dibendung n kena tegas, kalau isteri selalu komplen tak selesa, suami kena ambil kira & pandai2lah bagi alasan pada mak.
    Saya sendiri, suami orang utara. Baru 2 bulan kawin, mak mertua dah suruh adik suami duduk ngan kitorang. Memang saya bangkang, ckp terus terang pada suami yg tak selesa ada org lain. Bertegas jugak walaupun sekarang kena pulau dgn mereka. Kalau jadi, memang adik ipar tu jadi mata2 mak depa la. Mujur suami Bertegas dan bagi alasan… Dia faham, itu ibu n ini isteri. Hormat dua dua. Ada batas lebih elok.

Loading...