February 22nd, 2016

Sekitar minggu lepas,Dato’ Aliff Syukri ada memuat naik beberapa foto bersama kapsyen yang agak mendalam maksudnya dan seakan menggambarkan rumah tangganya sedang mempunyai masalah.

Ia menjadi  satu isu yang hangat lebih-lebih lagi selepas Aliff memuat naik foto beliau bersama Datin Shahida dengan kata-kata agar isterinya kekal bersamanya sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih semua yang menyayangi saya. Terima kasih isteriku @shahidadherbs untuk senyum yang selalu kau lukis di hati. Temanilah waktuku susah dan senang. Ku harap engkau kekal bersama selamanya.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan mengenai status terkini berkaitan rumah tangganya, Aliff bagaimanapun belum bersedia untuk memberikan sebarang komen mengenainya dan memberitahu beliau dalam keadaan keliru ketika ini.

Saya keliru, biarlah saya sahaja yang tahu.

Ramai yang mendoakan agar rumah tangga Aliff dan Shahida dapat berkekalan dan mereka dapat menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul dengan baik. Buat masa ini berikanlah mereka sedikit ruang dan satu hari nanti bila Aliff sudah bersedia pasti beliau akan menjelaskan situasi sebenar.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...