February 17th, 2016

Dato’ Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida boleh dikatakan pasangan yang  bahagia dan cukup manis bersama.

Namun, ada sesetengah pihak mula tertanya apakah yang sudah berlaku kepada pasangan ini selepas kedua-duanya memuat naik foto berserta kapsyen yang menggambarkan sedang menghadapi masalah rumah tangga dan berduka melalui Instagram mereka.

Malah, Aliff dan Shahida juga telah memadam foto terkini mereka berdua  daripada Instagram masing-masing dan hanya tinggal beberapa sahaja foto lama.

Berikut antara kata-kata yang dimuat naik oleh Aliff dan Shahida :-

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam perkahwinan memang banyak cabaran dan ujiannya bagi menguji kasih sayang dan kesetiaan setiap pasangan. Jika benar  Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sedang mempunyai masalah rumah tangga, cubalah selesai secara baik. Anda berdua sudah susah dan senang bersama, ingatlah kepada nasib anak-anak juga.


Comments are closed.

Loading...