“Saya Kecewa Dengan Diri Sendiri” – Isu Buka Tudung Di Bali, Nelydia Senrose Mohon Maaf Pada Peminat

Hiburan

“Saya Kecewa Dengan Diri Sendiri” – Isu Buka Tudung Di Bali, Nelydia Senrose Mohon Maaf Pada Peminat

Pelakon jelita, Nelydia Senrose berkata dia berasa kecewa dengan diri sendiri kerana tidak istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna setelah menunaikan umrah dan haji tempoh hari.

Ditemui media, Nelydia juga memohon maaf di atas kesilapan dan kekhilafan yang berlaku.

Advertisement

Jelasnya lagi, dia hanyalah insan biasa dan mempunyai banyak kelemahan diri.

Sebagai manusia, ada kalanya iman kita turun naik. Ia bukan satu perkara yang mudah bagi seseorang yang baru berhijab untuk kekal istiqamah.

Nelydia juga berharap orang ramai terutamanya peminat agar mendoakan dirinya terus dapat menunaikan tuntutan agama itu dengan sebaiknya.

Doakan saya agar diberikan iman yang kuat untuk kekal berhijab. Selama ini pun saya memang mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam diri.

Terdahulu, penampilan Nelydia mula menjadi tumpuan setelah dia mengenakan hijab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada tahun lalu.

Namun, dia kemudian dilihat tidak memakai tudung ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Nelydia senrose buka tudung
6 bulan lalu

Tular Foto Tak Berhijab Ketika Bercuti, Netizen Dakwa Tudung Nelydia Senrose Dah 'Terbang'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...