Written by AbangNara | August 19th, 2013

Ah ~~ Tidak habis-habis nampaknya pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Selepas diceraikan menerusi SMS, Rita Rudaini semalam menerusi BiPop meluahkan perasaan terhadap bekas suaminya. Panjang lebar tetapi dapat disimpulkan yang Rita menyalahkan kurangnya didikan agama daripada keluarga Aidil menyebabkan penceraian terjadi di bulan Ramadhan.
rita rudaini

Antara kata-kata yang diluahkan oleh Rita Rudaini ialah:-

Alhamdulillah saya redha tapi jauh di sudut hati, saya kasihan pada Aidil, macam orang tiada agama. Bagi saya, apa yang terjadi pada Aidil cermin didikan agama ibu bapanya. Inilah akibatnya kalau tidak tahu dosa dan pahala, hidup penuh kejahilan.

Saya masih ingat, ketika menjalani sesi kaunseling jawatankuasa perdamaian bersama seorang ustazah di pejabat agama baru-baru ini, bapa Aidil, Abd Razak Salleh seboleh-bolehnya mahu meneruskan penceraian, katanya itu yang Aidil pesan.

Ustazah itu tanya abang saya, tapi abang saya cakap dia mahu mendengar dari mulut Aidil sendiri, bukan main pesan-pesan. Apabila tanya Razak sendiri macam mana, dia cakap nak teruskan juga. Ustazah itu meminta Razak bersabar kerana bercerai pada bulan Ramadhan dikeji Allah SWT.

Saya hairan orang tua seperti Razak tidak takut dosa dan cetek ilmu agama. Akhirnya, ustazah minta Aidil hadir kerana mahu mendengar pengakuannya bukan desakan bapanya. Di sini, cukuplah membuktikan siapa dalang dan penghasut sehingga rumah tangga saya kucar-kacir, anak saya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

Buka saya saja yang perasan tingkah laku keluarga Aidil, malah seluruh keluarga saya berpendapat perkara sama dengan saya. Keluarga Aidil menjadi btu api dalam pertelingkahan yang berlaku.

Aidil seperti bapanya, mahu bercerai pada bulan Ramadhan, biarpun ustazah itu berkali-kali menasihatinya. Bagi saya, Aidil dan keluarga sama-sama cetek ilmu agama, sebab itulah mereka tidak takut kemurkaan Allah SWT.

rita rudaini
Bukanlah Abang Nara tidak menyokong Rita Rudaini dan menyebelahi Aidil di dalam hal ini. Namun menyatakan seseorang itu, lebih-lebih lagi bekas bapa mertua kita sebagai cetek agama memang adalah satu perkara yang tidak wajar. Ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Mungkin ada sesetengah perkara yang kita tak perlu kongsikan kepada orang ramai, dan pada pendapat Abang Nara, ini adalah salah satu perkara tersebut. Apa kata anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

240 responses to Saya Kasihan Pada Aidil, Macam Orang Tiada Agama – Rita Rudaini

  1. kak li says:

    Artis paling biadap yg pernah ku baca statemennya.minta jauh dijadikan menantu

  2. HAMBA ALLAH says:

    WAHAI JANDA RITA…. KO TU KENA BELAJA AGAMA… PAHAM KONTEKS DOSA & PAHALA… KO DOSA SEBAB KO XTUTUP AURAT, MENGAIBKAN SUAMI KO DAN AIBKAN KELUARGA DIE DANNNNNNN KO AIBKAN DIRI KO GAK…. PK DULU SEBELUM CAKAP…. CERAI BUKAN DOSA TP DIMURKAI ALLAH… MAK AYAH DIA KO KENE HORMAT…. BUKAN PANGGIL CM KO PANGGIL ANAK KO.. CUBA BAPAK KO YG KUAT AGAMA TU AIDIL PANGGIL CAMTU?? KO SUKA LAH??? APE LA KO NIH…. JGN JD BODOH DAN XBOLE DIAJAR…. HEIII…. MCM2 DOSA YG AQ NK CAKAP.. TP KO BOLE PK KN… KO DA TUA KNNNNN…..

  3. farah says:

    mula2 kesian dgn rita, tp lama2 rasa pelik lak nape ak bley rasa mcm tu…hmmm

  4. Anonymous says:

    Rupa lawa tapi kesian akhlak, perangai x sama mcm rupa. Manusia biasa mmg buat salah. Jgn salahkan sebelah pihak seolah2 sendiri x de salah. Dari terus gaduh mcm nie baik cari jalan penyelesaian. ish ish

  5. no name says:

    Cukup2lah tu Rita oii, yg ko kutuk tu atuk-nenek & bapak anak2 ko. Kesian budak2 tu, maknya x abih2 meroyan…. apalg nak diaibkan, kalau ko tu tau hukum-hakam agama ko x kan mendedah aurat… berlakun berpeluk2 ngan jantan lain. Dah2 lah tu… satu jari tunjuk org lain, 4 jari tunjuk arah diri-sendiri… duk diam2 & muhasabah diri, jgn duk salahkan orang je…. x nmpk kebaikkan ko, selagi ko dok canang kat media. Ko cuma memburukkan & membusukkan diri-sendiri aje….

  6. Anonymous says:

    menyampah pula aku. suka hati cakap macam tu. haish

  7. Anonymous says:

    Rita cuma mendedahkan pekungnya sendiri..tak hbs2 burukkan aidil.ckp org cetek agama sedangkn diri sendiri pun dh cerminkan y dia 2 cetek agama..

  8. Anonymous says:

    pompuan ni mmg gila la aku ingat.. walaupun aku tak sokong dua2.. tp mulut kau 2 agak2 la.. kalau betoi la hang 2 kuat agama, xkan hang xtaw hubungan dengan keluarga mertua tak pernah putus even dah bercerai.. bengap abadi

  9. Anonymous says:

    buat malu orang utara ja dgn pompuan ni.. org utara pon malu nk ngaku org kg.. huhuhu

  10. hanari says:

    semoga tidak ribut-ribut lagi yang sudah terjadi bagaimanapun tidak patut terus menerus di sesali.