Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Aidil Akhirnya Menceraikan Saya – Rita Rudaini

Maaf agak terlambat berkongsi perkembangan kes penceraian antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Abang Nara sibuk buah kuih raya di dapur semalam. Hehehe. Abang Nara pasti ramai yang menarik nafas lega kerana kemelut yang melanda pasangan ini akhirnya tamat jua.

rita rudaini cerai

Menurut Berita Harian, sebelum Aidil menghantar SMS yang berbunyi “aku ceraikan kau talak satu”, telah berlaku perang SMS di antara mereka berdua. Aidil dikatakan bengang dengan Rita apabila membaca artikel yang ditulis oleh Zubir mengenai skandalnya di BiPop pada hari Ahad lalu.

Advertisement

rita rudaini

Rita Rudaini yang kini berada di Perlis berkata:-

Selepas hampir dua tahun kes penceraian kami berdua berlangsung di mahkamah, akhirnya hari ini (semalam) Aidil menceraikan saya dengan talak satu menerusi SMS. Saya perlu terima keputusan ini dengan hati yang terbuka hanya beberapa jam sebelum masuk waktu berbuka. Kini segala galanya sudah jelas, Aidil akhirnya menceraikan saya. Bagaimanapun, kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu lebih tabah

Semoga penceraian ini akan menjadi jalan penyelesaian yang terbaik buat mereka berdua. Apa pun, jangan lupa tanggungjawab masing-masing kepada anak-anak hasil perkahwinan. Kepada Rita, semoga terus tabah lebih-lebih menjelang Aidilfitri ini.

P.S: Kit badan Proton Preve R3 dijual September ini

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top