Saya Kasihan Pada Aidil, Macam Orang Tiada Agama – Rita Rudaini

Hiburan

Saya Kasihan Pada Aidil, Macam Orang Tiada Agama – Rita Rudaini

Ah ~~ Tidak habis-habis nampaknya pergolakan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ini. Selepas diceraikan menerusi SMS, Rita Rudaini semalam menerusi BiPop meluahkan perasaan terhadap bekas suaminya. Panjang lebar tetapi dapat disimpulkan yang Rita menyalahkan kurangnya didikan agama daripada keluarga Aidil menyebabkan penceraian terjadi di bulan Ramadhan.
rita rudaini

Antara kata-kata yang diluahkan oleh Rita Rudaini ialah:-

Advertisement

Alhamdulillah saya redha tapi jauh di sudut hati, saya kasihan pada Aidil, macam orang tiada agama. Bagi saya, apa yang terjadi pada Aidil cermin didikan agama ibu bapanya. Inilah akibatnya kalau tidak tahu dosa dan pahala, hidup penuh kejahilan.

Saya masih ingat, ketika menjalani sesi kaunseling jawatankuasa perdamaian bersama seorang ustazah di pejabat agama baru-baru ini, bapa Aidil, Abd Razak Salleh seboleh-bolehnya mahu meneruskan penceraian, katanya itu yang Aidil pesan.

Ustazah itu tanya abang saya, tapi abang saya cakap dia mahu mendengar dari mulut Aidil sendiri, bukan main pesan-pesan. Apabila tanya Razak sendiri macam mana, dia cakap nak teruskan juga. Ustazah itu meminta Razak bersabar kerana bercerai pada bulan Ramadhan dikeji Allah SWT.

Saya hairan orang tua seperti Razak tidak takut dosa dan cetek ilmu agama. Akhirnya, ustazah minta Aidil hadir kerana mahu mendengar pengakuannya bukan desakan bapanya. Di sini, cukuplah membuktikan siapa dalang dan penghasut sehingga rumah tangga saya kucar-kacir, anak saya membesar tanpa kasih sayang seorang bapa.

Buka saya saja yang perasan tingkah laku keluarga Aidil, malah seluruh keluarga saya berpendapat perkara sama dengan saya. Keluarga Aidil menjadi btu api dalam pertelingkahan yang berlaku.

Aidil seperti bapanya, mahu bercerai pada bulan Ramadhan, biarpun ustazah itu berkali-kali menasihatinya. Bagi saya, Aidil dan keluarga sama-sama cetek ilmu agama, sebab itulah mereka tidak takut kemurkaan Allah SWT.

rita rudaini
Bukanlah Abang Nara tidak menyokong Rita Rudaini dan menyebelahi Aidil di dalam hal ini. Namun menyatakan seseorang itu, lebih-lebih lagi bekas bapa mertua kita sebagai cetek agama memang adalah satu perkara yang tidak wajar. Ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Mungkin ada sesetengah perkara yang kita tak perlu kongsikan kepada orang ramai, dan pada pendapat Abang Nara, ini adalah salah satu perkara tersebut. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...