Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Janji Berikan Sam Anak Ramai Macam Pasukan Bola Sepak – Syatilla Melvin

Ye kami tahu ada yang “menyampah” bila kami tulis artikel tentang pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tapi  mereka sememangnya trending serta cukup hangat sepanjang minggu ini. Apa sahaja yang mereka buat pasti mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Bakal bernikah pada 8 Februari ini, Syatilla sudah mempersiapkan diri beliau seratus peratus untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Aktres ini juga menyatakan beliau sudah bersedia untuk melahirkan anak yang ramai buat Sam seperti satu pasukan bola.

Ia sebagai tanda cinta serta penghargaan buat Sam yang selam ini berada di sisi Syatilla dikala duka dan gembira. Syatilla juga berharap hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Awak (merujuk kepada Sam), kita sudah lama kenal dan melalui banyak hal bersama. Saya cuma nak ucapkan terima kasih kerana selalu ada dengan saya setiap masa. Terima kasih kerana selalu membuatkan saya gembira dan rasa bahagia.

Terima kasih juga sebab kadang-kadang bertukar menjadi ‘jahat’, namun kasih sayang dan cinta itu tidak pernah terhakis. Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Saya berjanji akan memberikan anak kepada awak, umpamanya penuh satu pasukan di padang bola. Itu janji saya.

Advertisement

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.

Sumber Berita: BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top