Seorang wanita berusia 54 tahun berjaya diselamatkan daripada cubaan membunuh diri ketika dia mahu terjun daripada Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, semalam.
Ketika kejadian jam 1.40 petang itu, wanita tersebut yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya selepas dipujuk oleh orang awam.
Menurut saksi kejadian itu, Suhaila Zakaria, dia sedang menunggang motosikal sebelum ternampak beberapa orang lelaki menahan dan memegang wanita berkenaan yang sedang menangis.
Jelasnya, dia terus berhenti dan bergegas memeluk wanita itu sambil menyuruhnya untuk mengucap serta bersabar.
Ketika itu, Suhaila sempat bertanya mengapa dia mahu terjun tetapi wanita tersebut hanya menangis teresak-esak dan berkata dirinya jahat.
Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar.”
Tambahnya lagi, wanita yang nampak celaru itu sebenarnya sudah hampir terjun tetapi kakinya tersekat dengan jubah sebelum orang ramai cepat-cepat memegangnya.
Selepas 15 minit dipujuk, kenderaan polis kebetulan lalu di kawasan berkenaan dan berhenti sebelum mengambil wanita berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.