Lelaki Campak Tiga Kanak-Kanak Dari ‘Flyover’ MRR2 Jam 5 Pagi Sebelum Terjun Bunuh Diri

Berita

Lelaki Campak Tiga Kanak-Kanak Dari ‘Flyover’ MRR2 Jam 5 Pagi Sebelum Terjun Bunuh Diri

Seorang lelaki warganegara Myanmar dilaporkan telah mencampak tiga kanak-kanak dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter pada jam 5.50 pagi tadi.

Dia kemudian turut bertindak membunuh diri di tempat yang sama iaitu di tepi jalan raya berhampiran lampu isyarat di Desa Jaya. Kejadian itu menyebabkan lelaki tersebut dan dua kanak-kanak terbabit meninggal dunia.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata seorang lagi kanak-kanak yang dicampak kini dalam keadaan parah.

Saksi berkata, lelaki berusia 38 tahun itu dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak sementara dua lagi dipegang di tangan kanak dan kirinya.

Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan dipimpinnya dari jejambat MRR2, lelaki berkenaan juga bertindak terjun.”

Kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah itu telah dibawa ke Hospital Selayang untuk dirawat dan keadaannya dilaporkan sangat kritikal.

Menurut pegawai perubatan, mangsa mengalami kecederaan dalaman di perut dan juga retak rusuk kiri.

Semua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan dengan menghubungi

  • Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan GS Baldev Singh di talian 012-480 6062 atau;
  • Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kanak-kanak mati jatuh tingkat 35
2 years ago

Kanak-Kanak Lelaki 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 35 Kondominium Di Ampang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...