Penyanyi Noraniza Idris mengakui dia mengalami masalah kemurungan yang teruk setelah menjadi mangsa penipuan penganjur bagi Konsert Malai Solo yang sepatutnya berlangsung pada Oktober tahun lalu.
Disebabkan hal itu, Noraniza Idris atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ani sudah tidak mahu berdepan orang ramai dan enggan lagi bergiat aktif dalam dunia nyanyian.
Sejak insiden yang berlaku itu saya sudah serik! Saya mengalami trauma, kemurungan yang teruk selama tujuh bulan sebelum berani tampil depan umum.
Pengarah muzik konsert tiba-tiba hilang, jadi saya terpaksa hadap semua masalah ini seorang diri. Lama saya ambil masa untuk pulih.
Malah, ujar Kak Ani, dia turut mengalami histeri apabila ada orang membangkitkan tentang konsert tersebut gara-gara emosinya yang terganggu.
Berikutan itu, Kak Ani ada mendapatkan nasihat pakar bagi mengatasi masalah kemurungan yang dialaminya itu.
Saya ada berjumpa dengan pakar untuk meminta nasihat tetapi selepas diberi surat rujukan untuk pemeriksaan lanjut saya tidak ke hospital.
Pada ketika itu saya tak boleh langsung bercakap tentang perkara ini kerana kalau bercakap saya akan jadi histeria. Bila suami saya beri nasihat untuk lebih tenang, saya boleh terus menjerit seperti orang hilang punca.
Terdahulu, penyanyi yang sinonim dengan irama Malaysia ini mengambil keputusan untuk menunda penganjuran konsert terakhirnya sebelum bersara iaitu Konsert Malai Solo yang sepatutnya berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Ia berikutan dakwaan konsert tersebut ada terpalit dengan isu penipuan yang didakwa berkaitan dengan Skim Rumahku Syurgaku baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.