Penyanyi terkenal, Datin Alyah kembali mencuri perhatian netizen apabila dia tampil menangis teresak-esak di beberapa hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dia yang kemudiannya dihubungi Kosmo Online memaklumkan tiada apa yang serius berlaku dan perlu dibimbangkan oleh peminat di luar sana.
Kata Alyah, video tangisan itu hanyalah sebagai ‘panggilan’ buat peminatnya di luar sana untuk melakukan cabaran yang dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’.
View this post on Instagram
Saya ada anjurkan satu cabaran dipanggil ‘Cinta Sahabiyah Challenge’ bersempena dengan single terbarun berjudul Cinta Sahabiyah. Dalam cabaran tersebut, peminat perlu merakam video sedang menangis dengan berlatar belakangkan lagu itu.
Tambahnya, sesiapa yang memenangi cabaran itu akan menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM300.
Berjaya ‘memancing’ peminat dengan video tangisan Cinta Sahabiyah itu, isteri kepada maestro muzik terkenal Datuk Ramli MS itu turut dihujani komen daripada peminat yang prihatin.
Ujar Alyah, lirik lagu tersebut ditulisnya sendiri dan mempunyai maksud yang sungguh mendalam.
Lirik Cinta Sahabiyah ditulis sendiri. Lagu ini ditujukan kepada para isteri termasuk diri sendiri untuk belajar jadi lebih sempurna.
Saya bukanlah isteri yang sempurna, tapi belajar untuk jadi yang lebih baik.
Sekadar info, lagu tersebut merupakan ciptaan bersama komposer Omar K dan diilhamkan oleh Alyah selepas membaca kisa-kisah sahabat perempuan atau para muslimah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.