(FOTO) Tiara Jacquelina ‘Update’ Foto Terbaru Anak, Netizen Puji Cantik, Wajah Seiras Arwah Bapa

Hiburan

(FOTO) Tiara Jacquelina ‘Update’ Foto Terbaru Anak, Netizen Puji Cantik, Wajah Seiras Arwah Bapa

Pelakon dan juga pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina baru-baru ini memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang telah mencuri perhatian netizen dan juga pengikutnya di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, Tiara ada mendedikasikan satu ucapan khas buat anak tersayang, Hani Karmila sempena ulang tahun kelahirannya.

Advertisement

Pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu juga memuat naik foto terbaru dirinya bersama Hani yang semakin jelita seperti ibunya ketika meningkat usia.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan peminat tampil mengucapkan doa selamat serta tidak kurang juga yang mengatakan wajah Hani seiras dengan rupa arwah bapanya, pelakon Hani Mohsin.

Hani KarmilaSumber : Instagram  
Hani MohsinSumber : Instagram  

Tengok Mila yang cantik ini, teringat kat arwah Hani Mohsin.

Hani Karmila merupakan anak hasil perkongsian hidup Tiara bersama bekas suaminya yang juga pelakon Hani Mohsin. Hani yang lebih mesra disapa sebagai Mila ini merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri dan telah memperoleh pingat emas dalam pertandingan seni bela diri Jujitsu kategori 58 Kg di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

faisal nasimuddin
2 years ago

“Bekas Isteri Yang DM” - Caprice Enggan Mohon Maaf Pada SM Faisal, Sedia Diheret Ke Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...