“Bekas Isteri Yang DM” – Caprice Enggan Mohon Maaf Pada SM Faisal, Sedia Diheret Ke Mahkamah

Hiburan

“Bekas Isteri Yang DM” – Caprice Enggan Mohon Maaf Pada SM Faisal, Sedia Diheret Ke Mahkamah

Semalam, media melaporkan mengenai ahli perniagaan Datuk SM Faisal Nasimuddin Kamal telah mengemukakan tuntutan saman kepada penyanyi rap, Caprice mengenai dakwaan fitnah terhadap kes membabitkan bekas isterinya, Emilia Hanafi.

Ini berikutan Caprice ada mengaitkan Faisal dalam satu hantaran video berbaur fitnah di Instagram miliknya pada 28 Jun lalu.

Advertisement

Ditemui mStar Online, Caprice memaklumkan bahawa dia tidak akan meminta maaf kepada Faizal dan bersedia untuk diheret ke mahkamah.

Katanya lagi, ini bukan pertama kali dia mengulas mengenai isu semasa yang mengaitkan banyak pihak.

Caprice juga mendedahkan bahawa Emilia sendiri yang menghubunginya dan mahu berkongsi kisah tersebut kepada orang awam di luar sana.

Kita tetap akan bela mangsa, tidak kisah siapa pun orangnya. Tuan badan sendiri ada DM Caprice minta tolong beri kesedaran tentang kes yang berlaku pada dirinya. Kalau mangsa ada DM kita, memang kita akan tolong.

Menurut penyanyi lagu Baby Sayang ini, dia merasakan bahawa ada wujud pihak tertentu yang cuba untuk mengambil kesempatan dan melaga-lagakan isu ini.

Pertamanya, Caprice rasa seperti ada individu yang mahu viralkan kes ini. Perkara ini sudah dua bulan berlaku dan kami memang sedang menguruskan hal ini.

Sekadar info, usahawan terkenal itu telah didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Emilia Hanafi di sebuah kediaman di Desa Sri Hartamas, Brickfields, Kuala Lumpur antara pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.

aedy ashraf night club
4 bulan lalu

Pelakon Lelaki Kantoi ‘Berasmara’ Di Kelab Malam, Netizen Petik Nama Aedy Ashraf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini