“Saya & Isteri Akan Jaga Silaturahim Dengan Besan Kami, Keluarga Puteri Sarah Seperti Selalu” – Yusof Haslam Reda

Hiburan

“Saya & Isteri Akan Jaga Silaturahim Dengan Besan Kami, Keluarga Puteri Sarah Seperti Selalu” – Yusof Haslam Reda

Pengarah popular, Datuk Yusof Haslam ketika ditanya tentang keputusan membabitkan rumah tangga anaknya, Syamsul dan Puteri Sarah berkata dia dan isterinya reda dengan ketentuan Allah.

Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja untuk keputusan esok (hari ini). Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak.”

Tambah pengarah berusia 68 tahun itu, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail sememangnya mahu mereka berdua terus bersama namun faham bahawa Puteri Sarah mempunyai sebab dengan keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, Yusof juga berkata mereka akan tetap menjaga silaturahim dengan besan dan keluarga Puteri Sarah meskipun hubungan berakhir dengan penceraian.

Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikul Islam dan Sumayyah.”

Advertisement

Syamsul dan Puteri Sarah diijab kabulkan pada pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Prosiding sebutan kes pasangan itu hari ini berakhir dengan keputusan mahkamah menetapkan tarikh lafaz talak Syamsul terhadap Puteri Sarah pada 18 April ini.

Ia selepas Syamsul bersetuju untuk menceraikan ibu kepada dua anaknya itu setelah mereka berdua mencapai kata sepakat untuk membubarkan perkahwinan dengan cara aman.

1 year ago

Syamsul Yusof Setuju Ceraikan Puteri Sarah, Akan Lafaz Talak 18 April Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...