July 2nd, 2015

Pelakon daripada Brunei, Nina Iskandar mempunyai pahit dan manisnya sepanjang bergelar anak seni di Malaysia,  pernah tampil dengan imej berhijab dan membicarakan soal penghijrahannya kepada umum, Nina bagaimanapun telah dikecam  serta menerima kritikan ramai apabila bertindak untuk membuka tudung dan sudah kembali seperti dahulu.

Berita beliau tidak lagi menutup aurat telah disampaikan sendiri oleh Nina dalam sebuat foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sekitar bulan Mei lepas.

Tidak cepat melatah dengan segala komen negatif yang diterima, Nina menerusi akhbar Kosmo berkata keputusan beliau untuk tidak berhijab lagi selepas beberapa bulan menutup aurat adalah atas kehendaknya sendiri. Mengakui sebagai manusia hatinya boleh berubah-ubah, Nina mengharapkan peminat mendoakan agar beliau dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Jujur saya katakan, keputusan untuk bertudung atau sebaliknya adalah didorong oleh kemahuan saya sendiri. Ia bukan dipengaruhi sesiapa dan saya tidak perlu memuaskan hati semua pihak.

Saya yakin dengan keputusan yang diambil. Justeru, saya terima dengan hati terbuka apa orang mahu kata tentang tindakan ini. Apa yang penting, saya lebih tahu dan kenal diri sendiri. Apa yang boleh saya kata, hati manusia berubah. Saya tidak terkecuali. Saya cuma harapkan peminat doakan saya untuk menjalani hidup yang lebih sempurna, insya-Allah.

Setelah menepis segala kontroversi kerana membuka tudung, Nina kini dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan tomahan apabila mewarnakan rambut kepada warna perang. Jelas Nina, beliau melakukan perkara tersebut hanya demi komitmen kerjanya.

Saya mewarnakan rambut atas tuntutan dan komitmen watak yang sedang saya lakonkan dalam Lari Mira. Jangan fikir bukan-bukan. Saya masih lagi tahu batas agama. Saya tahu ramai yang bercakap tentang perkara tersebut. Apa yang boleh saya lakukan? Saya tiada kuasa untuk menghentikan pendapat orang terhadap saya.

Saya hanya mahu menjadi diri sendiri dan selalu ingatkan kepada diri bahawa semua yang berlaku ke atas diri adalah harga yang harus dibayar demi bergelar anak seni.

Pada masa yang sama Nina mengaku beliau melakukan banyak kesilapan dalam hidup dan perkara itu yang membawa dirinya ke lorong fasa lebih matang.

Jika sudah tidak selesa untuk mengenakan tudung, lebih baik Nina Iskandar tidak terus pura-pura dan menipu diri sendiri hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain. Doakan sahaja agar satu hari nanti hati beliau ditetapkan untuk ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita: Kosmo

 

 


Comments are closed.

Loading...