Nina Iskandar Buka Tudung, Dituduh Tidak Ikhlas Berhijab Di Laman Sosial

Hiburan

Nina Iskandar Buka Tudung, Dituduh Tidak Ikhlas Berhijab Di Laman Sosial

Pelakon Nina Iskandar sebelum ini muncul dengan imej bertudung sekitar Mei tahun lepas. Semalam, pelakon yang bernaung di bawah produksi MIG itu memuat naik satu gambar dirinya dengan tidak bertudung di akaun Instagram miliknya.
 photo 11180184_800150346735790_255938806_n.jpg

Kapsyen yang ditulis oleh Nina dalam bahasa Inggeris apabia diterjemah:

Advertisement

Kadangkala anda mesti berani untuk mengawal hidup anda dan mengambil tanggungjawab bagaimana untuk menjalani kehidupan. Sekiranya ia bermaksud menemui dan menjadi diri sendiri, ia berbaloi untuk diusahakan. Tak perlu kisah diterima atau tidak, itu bukan langsung masalah anda.

Tindakan Nina itu mengundang komen-komen dari pengikutnya yang mempersoalkan keikhlasannya berhijab sebelum ini. Salah satu komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya menyatakan bahawa Nina memakai tudung sebelum ini bukan berniat ikhlas, sebaliknya hanya kerana negara kelahirannya iaitu Brunei melaksanakan perundangan syariah.
 photo 11169012_800150330069125_782435513_n.jpg
Salah seorang pengikutnya di Instagram memberi komen bahawa penghakiman yang dibuat oleh orang ramai tidak penting, tetapi yang penting ialah penghakiman yang dibuat oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
 photo 11195388_800150336735791_1749664160_n.jpg
Setakat ini Nina masih belum membalas sebarang komen peminat mengenai perubahannya itu. Sekitar dua bulan lepas Nina pernah memuat naik satu gambar dia mengenakan topi (tidak menampakkan rambut) tetapi memberikan alasan kepada mStar Online:

Ramai artis yang ketika fotografi hanya pakai turban meskipun mereka berhijab. Isu ini memang sensitif dan orang yang suka mengkritik selalunya memang hanya mencari kesalahan kita.

Saya manusia biasa yang dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Ini hidup saya dan saya bukan hidup untuk orang lain, jadi biarlah apa mereka nak kata.

Katanya, perkara itu terlalu sensitif untuk dijelaskan dan dia enggan mengambil peduli tentang kritikan masyarakat di laman sosial.

KONSERT CAK LEMPONG EKSTRAVAGANZA 2015Jangan lupa dating menyaksikan dan memeriahkan Konsert Cak Lempong Ekstravaganza…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 26 April 2015

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...