Saya Hilang Arah Tanpa Ibu, Terkilan Tidak Sempat Bawa Tunai Umrah – Zul Ariffin

Hiburan

Saya Hilang Arah Tanpa Ibu, Terkilan Tidak Sempat Bawa Tunai Umrah – Zul Ariffin

Kehilangan ibu tercinta, Allahyarhamah Robiah Nasir akibat serangan jantung pada 5 Disember lalu, pelakon Zul Ariffin yang rapat dengan ibunya itu mengakui beliau seakan hilang arah serta tiada semangat untuk meneruskan kehidupan. Jiwa Zul kosong dan beliau juga terpaksa menolak beberapa tawaran kerja.

Advertisement

Sejak arwah tiada, saya langsung tidak boleh lelapkan mata. Pejam sahaja mata, pasti terbayang wajah arwah. Jiwa saya kosong selepas kematian arwah ibu. Selama ini, arwah adalah penguat semangat perjuangan saya, tetapi hari ini, segala-galanya sudah melayang.

Saya benar-benar rasa kehilangan. Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini.

Aktor itu juga terkilan bukan sahaja kerana tidak dapat membawa ibunya menunaikan umrah tetapi tidak sempat berada di sisi arwah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya.

Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya. Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah.

Hidup dan mati adalah ketentuan Allah SWT dan siapalah kita untuk melawan takdir yang ditentukan. Kami faham bukan mudah untuk menerima kehilangan seorang bernama ibu yang sudah banyak mencurahkan kasih sayang dan berkorban demi anak-anak tercinta. Semoga Zul diberikan ketabahan untuk meneruskan hidupnya.

Sumber Berita : BH PLUS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...