Written by Bella | December 5th, 2017

Takziah kami ucapkan kepada pelakon Zul Ariffin yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir yang meninggal dunia antara jam 3.40 – 4.00 pagi tadi akibat serangan jantung di kediaman kakak Zul terletak di Sungai Penchala, Damansara. Menurut Zul, ibunya tidak menunjukkan sebarang petanda sebelum serangan jantung berlaku. Zul bagaimanapun sudah redha dengan pemergian ibunya itu.

Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung. Apapun, saya redha dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin.

Difahamkan, jenazah ibu Zul akan disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail dan akan dikebumikan selepas solat Zuhur.

Umum mengetahui Zul memang sangat rapat dengan ibunya dan semoga beliau dan keluarga tabah dengan kehilangan seorang ibu yang banyak berjasa dan berkorban demi anak-anak tercinta. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah dan berdoa agar rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber Berita : Kosmo Online

24 responses to (AL-FATIHAH) Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  1. Anonymous says:

    Takziah…baru tahu rupanya Zul ni ada darah Belanda.

    4

    2
  2. Anonymous says:

    abang zul lagi handsome…condolences to the family.

    4

    1
  3. Sambal belacan says:

    Al-Fatihah. Takziah zul dan family. Teringat arwah opah sy pergi macam ini juga.

    4

    0
  4. zahirah says:

    semoga rohnya dicucuri rahmat…………higheast heaven,,,amin

    2

    0
  5. Kapal Selam says:

    Di minta Abby Abadi, Gayatri Dan Zahirah Mac Wilson datang melawat…

    1

    9
  6. melati says:

    Al Fatihah…. sepatutnya Nabil….

    0

    4
    • Anonymous says:

      kalau takde benda baik nak cakap tak yah cakap la

      5

      0
      • melati says:

        memang baik ler..wakakaakakaka..aku sedekah pisang lagi….hmmm

        0

        2
        • biarbetik says:

          Kematian ni bukan sesuatu yg boleh dibuat main kek…gurau tu tak salah , usik2 boleh kalau tak hidup ni membosankan tapi ingat @melati nak bertempat bukan saat kehilangan eh…bila sesorang tu pergi mereka tak kan kembali…ive seen it every night and day…

          0

          0
  7. Lol says:

    Mcm kerala mari je. Tang mana ayam belanda nya

    0

    6
  8. Zaza says:

    Salam takziah buat keluarga Zul.semoga anda belajar sesuatu dari musibah yg byk melanda kebelakangan ni.Allah dh bagi peringatan kt hang tu. .
    #HidupDiBumiAllahJanganSombongKeranaTanahJugaTempatKitaAkhirnya

    0

    2
  9. gayatrimelati says:

    tulah zullllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll sabaq and solat!!!! tinggi mana pun bukan boleh pegang awan……………………….

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Astaghfirullah….dia baru jer kematian ibunya, knape mesti ckp yg tak elok….salam takziah zul….dan melati, perlu ker perli ckp sedekah pisang bagai…Allahu…

    5

    0
  11. Anonymous says:

    Arwah ibu zul mmg nmpk raut wajah belanda….zul iras wajah ibu dia…

    2

    0
  12. biarbetik says:

    Alfateha…Semoaga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya, Aamin.

    0

    0

Leave a Comment

Optional