“Saya Harap Tak Merosakkan Perancangan Isteri..” – Syamel Tak Sengaja Dedah Jantina Anak

Hiburan

“Saya Harap Tak Merosakkan Perancangan Isteri..” – Syamel Tak Sengaja Dedah Jantina Anak

Penyanyi Syamel tidak sengaja mendedahkan jantina anak sulungnya yang dijangka dilahirkan, Mac tahun depan gara-gara terlalu teruja beraksi di pentas.

Biarpun Hamil Enam Bulan, Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik
3 years ago

Biarpun Hamil Enam Bulan, Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik

Advertisement

Syamel atau nama lengkapnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly mengumumkan pada Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya, malam kelmarin, bahawa dia dan isteri bakal mendapat anak perempuan.

Syamel, 28, berkata memang niat mereka untuk berkongsi jantina anak, namun, bukan dalam masa terdekat. Situasi itu berlaku mungkin disebabkan rasa teruja seorang penyanyi yang membuak-buak selepas dua tahun tidak beraksi di hadapan peminat.

Apabila keterujaan melanda diri, tiba-tiba saya dedahkan jantina anak. Saya harap tidak merosakkan perancangan isteri yang mungkin mahu mengadakan majlis untuk mengumumkan jantina anak.

Ernie Syamel

Mengaku terkejut dengan aksi spontan suaminya, Ernie Zakri bagaimanapun tidak menyalahkan Syamel sebaliknya, faham keterujaan dirasakan.

Setakat ini, tiada dalam perancangan kami untuk mengadakan majlis mengumumkan jantina anak. Secara jujur, saya tidaklah rasa terkilan hanya kerana Syamel umumkan jantina anak lebih awal.

Ernie mengakui sepanjang enam bulan mengandung, dia tidak boleh berjauhan dengan Syamel dan berkata mujurlah mereka banyak bekerja bersama.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...