Tak kenal siapa itu Felixia Yeap? Mungkin anda harus membaca artikel mengenai model berbangsa Cina tampil manis bertudung ini yang pernah Abang Nara kongsikan satu ketika dahulu. Â Ada pihak yang menyokong tindakan Felixia bertudung, namun ada juga yang mempersoalkan kenapa Felixia perlu bertudung kalau tidak memeluk Islam. Senang cerita, pelbagai reaksi yang timbul sejak Felixia mengenakan tudung.
Menerusi Harian Metro baru-baru ini, Felixia Yeap tidak menolak kemungkinan dirinya memeluk Islam. Sama ada cepat atau lambat, ia bukanlah keputusan daripada Felixia. Kata model ini:-
Saya tak tolak kemungkinan peluk Islam. Semuanya bergantung pada Tuhan. Sama ada cepat atau lambat, Dia yang tentukan. Saya tunggu hidayah. Sejak memakai tudung, saya mempelajari serba sedikit mengenai Islam terutama mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah. Terus-terang, saya amat teringin menjejakkan kaki ke Makkah
Menariknya Felixia turut mengenakan tudung ketika menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Makin lama Abang Nara tengok makin banyak yang Felixia pelajari. Insya Allah. Hidayah pasti akan datang buat yang mencari. Sama-samalah kita doakan. Jangan nak jatuhkan atau lemahkan semangat Felixia belajar mengenai Islam. Kita sebagai orang Islam, haruslah membantu apa yang patut. Barulah Felixia dapat merasakan sendiri keindahan Islam itu.
Lagi beberapa gambar si comel Felixia Yeap dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.
P.S: Lelaki kelar anak sedia dihukum