Agak misteri juga apa sebenarnya yang terjadi kepada Izreen Azminda dan suami. Pada mulanya Izreen mengakui yang hubungan mereka sudah tamat dan kemudiannya suami Izreen, Riza memaklumkan yang kes penceraian mereka akan dibicarakan di mahkamah dan dia belum lagi melafazkan cerai. Ramai tertanya-tanya cerita pihak manakah yang betul. Nampak gayanya daripada informasi terbaru, penceraian mereka belum sah dan harus menunggu keputusan mahkamah.
Kata Izreen menerusi Utusan Malaysia:-
Saya tidak mahu komen. Saya hanya menunggu keputusan mahkamah. Proses perceraian itu juga sedang berjalan. ?Kalau boleh, saya tidak mahu berbalas kenyataan dengan dia (suami) dan kami juga masih berhubung berkaitan soal anak sahaja.
?Sekarang, saya mahu menyiapkan semua kerja yang tertunggak dan selepas itu baharu menumpukan kepada permasalahan rumah tangga kami. ?Pada masa ini,
anak kami masih tinggal bersama saya.
Dikurniakan seorang anak yang baru berusia 10 bulan, nampaknya masih ada sinar harapan untuk pasangan suami isteri ini. Harap-harap dapat berbincang sedalam-dalamnya sebelum mengambil sebarang keputusan. Fikirkan masa depan anak. Fikirkan saat bahagia bersama-sama. Kalau boleh, janganlah bercerai demi masa depan sendiri. Pasti ada jalan penyelesaian yang lebih baik daripada perpisahan. Sama-samalah kita doakan.
P.S: 100% ORIGINAL NATURACTOR COVER FACE/MEIKO FROM JAPAN atau jaminan wang dikembalikan. Normal price RM69, but ours is RM41 ONLY. Jom segera layari kami di www.naturactorcollections-zunitaramli.blogspot.com atau LIKE Facebook NaturacorCollections dan follow Instagram kami.