Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Suami Izreen Azminda Nafi Sudah Lafazkan Cerai

Pelik tapi benar. Si isteri kata sudah sah bercerai, namun si suami tampil menafikan yang dirinya sudah melafazkan talak. Itulah yang sedang berlaku dalam rumah tangga Izreen Azminda dan Riza Baharuddin. Berkata menerusi Mstar Online, Riza melahirkan rasa terkejut dengan laporan yang menyatakan dia melafazkan cerai terhadap Izreen di sebuah lokasi pengambaran di Pulau Pinang di hadapan para kru dan pelakon lain.
izreenKata Riza:-

Kami belum lagi bercerai dan saya belum melafazkan talak kepada dia (Izreen). Kami baru sahaja failkan perceraian pada Rabu minggu lalu dan masih menunggu tarikh (perbicaraan) lagi.

Saya akui rumah tangga kami bermasalah dan kami sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan yang lalu, namun kami belum bercerai secara sah lagi.

Saya jumpa dia kerana ingin temukan Adrian kerana sudah lama tidak bertemu dan kesempatan itu juga saya ambil untuk berbincang tentang perceraian kami.

Saya kesal apabila pertemuan tersebut disalah tafsir oleh pihak tertentu yang tidak bertanya dahulu kepada kami perkara sebenar.

Berita itu sangat teruk sehingga mengambarkan saya sebagai seorang lelaki yang tidak waras kerana dengan melafazkan cerai di tempat yang tidak sepatutnya.

Saya ambil dia sebagai isteri dengan cara baik dan saya akan lepaskan dia juga dengan cara baik bukan seperti yang ditulis itu. Laporan itu tidak benar sama sekali.

Advertisement

izreen cerai

Kalau betul lafaz cerai belum dilakukan, syukur sangat-sangat. Mungkin masih ada peluang untuk mereka berdua berbaik-baik lebih-lebih lagi untuk anak mereka. Fikir dalam-dalam terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Mana tahu boleh berbincang dan selesaikan apa jua masalah. Insya Allah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Izreen dan Riza.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top