“Saya Hanya Berjenaka..” – Cef Wan Dikecam Kerana Didakwa Hina Agama Hindu, Tampil Mohon Maaf Pada Aishwarya Rai

Kehidupan

“Saya Hanya Berjenaka..” – Cef Wan Dikecam Kerana Didakwa Hina Agama Hindu, Tampil Mohon Maaf Pada Aishwarya Rai

Baru-baru ini, cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan atau mesra digelar Cef Wan ini memohon maaf jika komen yang ditinggalkan di hantaran pelakon Aishwarya Rai ketika di Festival Filem Cannes telah mengundang salah faham dan perdebatan.

Tiada niat mempermainkan agama

Berdasarkan kenyataan Cef Wan, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk mempersendakan agama Hindu malah dia menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.

Advertisement

Bukan niat sebenar saya untuk bersikap perkauman atau burukkan agama Hindu. Sebagai seorang cef televisyen, saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan permohonan maaf kepada semua penganut agama Hindu kerana telah membuat kenyataan sedemikian. Saya minta maaf.

cef wan

Komen hanya ingin berseloroh

Dalam pada itu, cef selebriti ini turut menjelaskan niat sebenar dia meninggalkan komen tersebut. Katanya, dia hanya berkongsi pendapat dan berseloroh tentang gaun yang dikenakan oleh aktres Bollywood itu tanpa berniat buruk ingin memainkan agama dan budaya.

Fikiran saya serta-merta memikirkan material yang digunakan pereka sering dilihat di perayaan Thaipusam, kavadi yang diraikan di Batu Caves.

 

Sebab ramai juga pengikut saya komen di situ nampak macam bulu burung merak. Saya anggap burung merak itu cantik. Saya tiada niat langsung untuk menghina agama lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Namun begitu, Cef Wan mengakui terkejut dengan reaksi kebanyakkan netizen yang terlalu sensitif hingga melibatkan pihak polis. Meskipun begitu, dia tetap memohon maaf secara terbuka kepada Aishwarya serta penganut agama terbabit atas salah faham yang berlaku.

Cef wan
9 months ago

"Kalau Pasal Cucu Saya Lembut Hati.." - Chef Wan Akui Masih Terasa Hati, Tetap Beri Duit Belanja Pada Anak, Cucu & Bekas Menantu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...