Terdahulu, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman sempat ‘mengirim salam’ pada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq berikutan penahanannya di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.
Tampil menyatakan pendiriannya terhadap isu kanabis dalam perubatan di Malaysia masih tidak berubah, YB Syed Saddiq telah hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi memberi sokongan kepada penyanyi Mimpi Laila itu.
Menurut laporan Mstar, Syed Saddiq berkata dia gembira melihat keadaan Yasin yang kelihatan ceria dan tenang.
Saya hadir untuk memberikan sokongan kepada saudara Yasin dan keluarganya.
Menurutnya lagi, sebagai wakil rakyat dia akan bertanggungjawab untuk memastikan undang-undang negara mengikut perkembangan arus semasa.
Undang-undang kanabis lapuk, sudah 70 tahun tak diperbaharui.
SOLIDARITI UNTUK SAUDARA YASIN
Pada pagi Rabu, 18 Mei 2022, saya telah menghadirkan diri ke sebutan kes saudara Yasin di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. pic.twitter.com/Y6uhD1dx5k
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 18, 2022
Info tambahan, Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majestret Petaling Jaya, atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.