Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Gembira Dapat Penuhi Permintaan Dia Untuk Bertemu Dengan Saya – Fasha Sandha

Tindakan Fasha Sandha yang sanggup memenuhi permintaan peminatnya untuk bertemu dengan beliau sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur menjadi viral dan mendapat pujian ramai.

Advertisement

Siapa sangka, aktres yang boleh dikatakan pelakon kelas “A” ini amat merendah diri dan tidak sombong.

Menurut Fasha, beliau sangat terharu apabila peminatnya itu menangis kerana dapat bertemu dengannya. Malah,  beliau juga turut merasa gembira kerana dapat menunaikan permintaan peminatnya itu.

Saya terkejut apabila dia menangis di lapangan terbang. Saya hargai kasih sayangnya kepada saya. Apa pun, saya gembira dapat memenuhi permintaannya untuk berjumpa dengan saya.

Fasha yang sebelum ini tidak menyangka mempunyai ramai peminat di Sabah dan Sarawak merasa syukur dengan sokongan yang diberikan oleh mereka.

Alhamdulillah saya mempunyai peminat yang ramai di Sabah dan Sarawak. Saya sangat menghargai semua sokongan mereka dan cuba memberi terbaik kepada mereka. Kalau ada ruang dan kesempatan, saya nak ke sana dan berjumpa dengan mereka lagi.

Advertisement

Tiada apa yang kami dapat katakan lagi kalau semua sudah pun memuji sikap Fasha.  Apa pula pandangan korang?

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top