Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Netizen Puji Sikap Fasha Sandha Yang Sanggup Tunaikan Impian Peminat Untuk Bertemu Dengannya

Fasha Sandha, sebut sahaja nama pelakon ini, pasti hanya pujian sahaja yang kami dengar. Bukan sahaja cantik dan berdisiplin dalam bekerja, Fasha juga dikatakan seorang artis yang betul-betul menghargai peminatnya dan ia salah satu kunci kejayaan Fasha didalam kerjayanya.

Advertisement

Baru-baru ini, ada seorang peminat Fasha dikatakan pengsan ketika menunggu kehadiran beliau dalam sebuah sesi beramah mesra dalam satu acara yang diadakan di Miri, Sarawak. Peminat itu hadir awal dua jam sebelum acara dimulakan dan duduk di kerusi “hot seat”.

Menerusi ruangan komen di Instagram, kakak kepada peminat berkenaan memberitahu adiknya itu sangat meminati Fasha dan teringin sekali untuk berjumpa dengannya.

Siapa sangka komen berkenaan mendapat perhatian Fasha dan beliau bersetuju untuk berjumpa dengan peminatnya itu sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Advertisement

Fasha turut memuat naik video beliau bertemu dengan gadis berkenaan yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan Fasha yang sanggup untuk bertemu dengannya.

Berikut video pertemuan mereka :-

Tindakan Fasha itu mendapat pujian netizen dan rata-rata menyifatkan Fasha sebagai pelakon yang berhati mulia dan tidak sombong.

Melihat video di atas, kami harus akui Fasha Sandha tidak mudah lupa diri dan masih lagi menghargai peminatnya walaupun sudah popular. Tahniah Fasha, kerana tidak bersikap diva dan sentiasa merendah diri. InshaAllah, dengan sikap begini  mungkin satu hari nanti Fasha dapat menjadi seorang aktres lagenda.

Sumber Berita : Instagram Fasha Sandha

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top