“Saya Faham Niat Mereka..” – Eyka Farhana Belum Bersedia Tutup Aurat, Mohon Maaf Jika Pakai Seksi

Hiburan

“Saya Faham Niat Mereka..” – Eyka Farhana Belum Bersedia Tutup Aurat, Mohon Maaf Jika Pakai Seksi

Baru-baru ini, pelakon jelita, Eyka Farhana teruk dikecam netizen susulan berpakaian terdedah sewaktu menghadirkan diri di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) selepas pulang dari Tanah Suci.

Mohon maaf jika seksi

Melalui laporan Berita Harian, pelakon itu memohon maaf atas tindakannya berpakaian sedemikian dan memberitahu belum bersedia untuk menutup aurat dengan sempurna.

Advertisement

Saya faham pengikut mengharapkan perubahan bila saya pulang mengerjakan umrah seperti memakai tudung dan sebagainya. Tapi, mungkin perkara itu belum lagi buat saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka Farhana ✨ (@eykafarhana)

Tak melenting ditegur netizen

Biarpun teruk dikecam netizen, Eyka sama sekali tidak cepat melenting dan terima segala teguran daripada netizen yang mahu dia perbaiki diri.

Saya sangat memahami niat mereka dan tak pernah salahkan mereka. Cuma apa yang boleh saya katakan, moga saya akan berubah dan dapat memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

Dalam pada masa yang sama, Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana pertahankan diri bahawa dia berkongsikan pengalaman ke Tanah Suci susulan berasa teruja dan mahu berkongsi momen dirinya berada di Kota Mekah serta Madinah.

2 years ago

Dikritik Seksi Pergi 'Event', Netizen Perli Eyka Farhana Letak Tangan Dekat Dada - "Tau Pula Malu Nak Cover"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...