Dikritik Seksi Pergi ‘Event’, Netizen Perli Eyka Farhana Letak Tangan Dekat Dada – “Tau Pula Malu Nak Cover”

Hiburan

Dikritik Seksi Pergi ‘Event’, Netizen Perli Eyka Farhana Letak Tangan Dekat Dada – “Tau Pula Malu Nak Cover”

Ini bukanlah kali pertama pelakon, Eyka Farhana meraih perhatian ramai dan dikritik warganet gara-gara penampilannya yang dikatakan ‘berani’.

Baru-baru ini, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi menerima kritikan selepas memilih gaun yang seksi ketika menghadiri sebuah acara.

Advertisement

Video dimuat naik olehnya di Instagram mempamerkan Eyka menggayakan gaun pendek paras paha berwarna biru dan dipadankan dengan sut gelap.

Bagaimanapun, bukan hanya dikritik seksi tetapi sesetengah individu berpendapat pelakon Melur Untuk Firdaus 2 itu sebenarnya tidak selesa dengan apa yang dipakainya.

Menerusi ruangan komen, netizen menegur Eyka yang dilihat sentiasa meletakkan tangan seperti mahu menutupi bahagian dadanya yang terdedah.

Segelintir pula dilihat menyindir Eyka kerana ‘tahu malu’ walaupun memilih untuk menggayakan pakaian terdedah sebegitu.

artis malaysia seksi
12 months ago

"Malaysia Ke Oversea Ni?!" - Didakwa Hanya Islam Dalam IC, Pakaian Seksi Selebriti Wanita Di 'Event' Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...