Terdahulu, pelakon veteren Datuk Fauziah Nawi sempat tampil mendedahkan bahawa gaji penyampai radio mampu mencecah ribuan dan ratusan ringgit namun ada sesetengah penyampai radio yang menafikan dan ada juga yang membenarkan.
Terpulang untuk percaya
Ketika ditemu bual sumber, pelakon ini menafikan bahawa dirinya tiada niat untuk membongkarkan perkara itu kepada orang ramai dan menjadi tular di seluruh media sosial. Kata Fauziah, dia tidak memaksa netizen untuk mempercayai kenyataan tersebut.
Saya bercakap seperti itu kerana ramai kawan-kawan saya yang bekerja sebagai penyampai radio mempunyai gaji yang banyak.
RM20K ada, RM40K ada dan bahkan betul ada yang terima gaji sebanyak RM150K tetapi saya tak bolehlah maklumkan siapa yang dapat gaji setinggi itu.
@buletin.tiktok #fyp #berandatiktok #bikinpanas ♬ original sound – buletin.tiktok 📺🇵🇸
Ada pengalaman
Bukan itu sahaja, Fauziah juga berkata bahawa dirinya pernah menerima gaji yang tinggi suatu ketika dahulu ketika dirinya ditawarkan menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio swasta. Menurutnya, gaji yang tinggi kebiasaanya di stesen-stesen radio swasta dan bukan kerajaan.
Saya dulu pernah menjadi penyampai radio di sebuah stesen radio swasta yang hanya memperuntukkan saya untuk bersiaran selama satu jam Isnin hingga Jumaat.
Dan ketika itu gaji saya dalam RM4K atau RM5K sebulan. Jadi, hairan kah kalau stesen radio swasta menawarkan gaji yang tinggi ini?
Sebelum ini, bekas penyampai radio Linda Onn tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa meskipun dirinya dianggap terkenal ketika itu, gajinya masih tidak setinggi yang disangka.