“Sekarang Banyak ‘Platform’ Lain, Sebab Itu Dah Berkurang..” – Ikhwan Lein Tak Nafi Gaji Penyampai Radio Dahulu Tinggi

Hiburan

“Sekarang Banyak ‘Platform’ Lain, Sebab Itu Dah Berkurang..” – Ikhwan Lein Tak Nafi Gaji Penyampai Radio Dahulu Tinggi

Terdahulu pelakon veteran, Fauziah Nawi sempat mendedahkan bahawa gaji penyampai radio sekarang mampu mencecah ratusan ribu bulanan. Oleh itu, ramai juga DJ yang tampil memberi pendapat masing-masing.

Tak menafikan

Kata penyampai radio Ikhwan Lein baru-baru ini, dia turut membenarkan kenyataan Fauziah itu. Katanya, dalam industri seni, boleh dikatakan gaji penyampai radio agak tinggi berbanding yang lain.

Advertisement

Zaman-zaman senior saya, diaorang mempunyai gaji-gaji yang besar. Waktu zaman itu, platform yang ada cuma TV dan radio. Jadi sekarang ini, dah banyak platform yang lain sebab tu dah berkurang.

@mingguanwanita  #mwambiltahu #mingguanwanita #penyampairadio #industriseni #fyp ♬ original sound – MingguanWanita

Bergantung pada DJ

Namun, pada yang sama, Ikhwan juga mendedahkan bawah urusan gaji ini semua bergantung pada kebolehan masing-masing dalam pekerjaan mereka.

Bergantung pada profil penyampai radio itu sendiri. Cara penyampaian yang bagus, info yang diberikan padat. Semua bergantung pada mereka.

 

Mungkin penyampai yang baru-baru murahlah, penyampai lama mungkin mahal sikit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nă₩#Kï (@ikhwanlein)

Sebelum ini, bekas penyampai radio, Linda Onn turut tampil memberi kenyataan namun menyangkal spekulasi dirinya mendapat gaji yang mencecah ratusan atau puluhan ribu dahulu semasa bertugas di stesen radio.

ikhwan rosli
4 months ago

"Roti Pun Ada Tarikh Luput" - Anggap Perkara Biasa, Ikhwan Minta Rakan DJ Radio Lain Reda Jika Diberhentikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...