Saya Diperangkap Dan Dijadikan “Kambing Hitam”- Adlin Aman Ramlie

Hiburan

Saya Diperangkap Dan Dijadikan “Kambing Hitam”- Adlin Aman Ramlie

Minggu lepas industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita dimana pelakon Adlin Aman Ramlie ditahan pihak polis atas dakwaan terlibat didalam kes penipuan hartanah bernilai RM 500,000.

Advertisement

Tidak mahu ada pihak yang terus salah faham dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar, Adlin semalam telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan setiap butiran mengenai dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.

Menurut Adlin beliau sebenarnya diperangkap dan dijadikan “kambing hitam” oleh sindiket pelaburan haram.

Saya ingin tegaskan di sini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang urusan pelaburan tidak sah melibatkan syarikat berkenaan. Saya secara peribadi merasakan diperangkap, dieksploitasi selain rangkaian sindiket ini telah menjadikan saya sebagai kambing hitam.

Adlin juga menafikan berita bahawa beliau ditahan reman selama empat hari. Sebaliknya, beliau hanya ditahan selama 24 jam untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada masa yang sama, Adlin mengakui beliau terlibat dengan pelbagai program MLM tetapi hanya sebagai penampilan khas untuk memberi ceramah motivasi. Adlin tidak pernah terlibat dengan sebarang pelaburan MLM.

Saya tidak menafikan mengenali ramai individu dalam rangkaian ini termasuk yang ditahan pihak polis baru-baru ini.

Bagaimanapun saya tidak mempromosikan apa juga yang mereka lakukan kerana kehadiran saya sama ada sebagai seorang profesional iaitu tetamu atau memberi ceramah motivasi. Malah kali terakhir saya muncul dalam program sedemikian adalah pada Disember tahun lalu.

Anak kepada pelakon vateran Ruminah Sidek itu juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya beliau sekali lagi dipanggil oleh pihak polis menumpaskan sindiket berkenaan.

Adlin juga berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana sindiket penipuan MLM.

Saya belajar daripada pengalaman ini dan akan lebih berhati-hati dalam setiap acara atau majlis yang akan saya hadiri.

Kejadian ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai malah rakan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian seperti ini. Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan.

Dari dahulu lagi kami tidak pernah percaya dengan mereka yang terlibat didalam MLM. Mereka ini licik sekali memperdaya orang ramai dengan menayang duit dan kereta mewah yang kononya milik mereka. Ingatlah, tiada jalan pintas untuk menjadi kaya dan jangan terpedaya dengan janji manis sindiket penipuan MLM. Kelak anda akan menyesal..

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...