Adlin Aman Ramlie Ditahan Polis Kerana Kes Penipuan Hartanah

Hiburan

Adlin Aman Ramlie Ditahan Polis Kerana Kes Penipuan Hartanah

Semalam, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan seorang artis telah ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan hartanah yang melibatkan kerugian RM500,000.

Advertisement

Malah, perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid yang  berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya  kira-kira pukul 2 petang  Khamis.

Artis berkenaan akan direman selama empat hari agar pihak polis dapat menjalankan siasatan selanjutnya.

Mendengar berita berkenaan, pelakon Ruminah Sidek agak terkejut dan sama sekali tidak tahu anaknya Adlin Aman Ramlie sudah ditangkap.

Pihak media juga gagal untuk menghubungi isterinya  Emelda yang dipercayai tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.

Kami tidak tahu apakah perkara sebenar yang telah terjadi disebalik penangkapan tersebut. Harapnya selepas ini ada penjelasan daripada pihak Adlin Aman Ramlie agar ia tidak terus menjadi spekulasi.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...