“Saya Dikecam Teruk Oleh Netizen Sebab Fitnah Dibuat Shila” – Wanita Nafi Kekasih Amir Syafiq, Tampil Beri Penjelasan Sepenuhnya

Trending

“Saya Dikecam Teruk Oleh Netizen Sebab Fitnah Dibuat Shila” – Wanita Nafi Kekasih Amir Syafiq, Tampil Beri Penjelasan Sepenuhnya

Wanita yang sebelum ini dihalau oleh penyanyi Shila Amzah dari banglo miliknya, Eiza Idanie tampil memberi penjelasan selepas namanya hangat jadi bualan di media sosial.

Kata Eiza dia tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Amir Syafiq seperti yang disangka ramai orang namun perkenalan mereka hanyalah atas urusan bisnes.

Advertisement

Tambahnya, ibu bapa Shila sendiri yang menawarkan Eiza untuk menetap di banglo terletak di Hulu Langat itu pada tahun 2021 selepas rumah sewanya ditenggelami air akibat banjir.

Dalam masa sama, ketika itu Syafiq bekerja dengan saya dan ada isu dalam perniagaan menyebabkan saya terpaksa tutup bisnes dan dia ada hutang duit dengan saya.

eiza

 

ND Lala guna RM8,000 untuk daftar MLM

Ujar Eiza lagi, dia meminta Syafiq untuk menemukannya dengan Datuk ND Lala untuk mencari peluang bangkit dalam perniagaan semula.

ND Lala kemudian menawarkannya peluang bisnes berkonsepkan multi level marketing (MLM) dan mempelawa Eiza untuk tinggal di rumah itu buat sementara waktu.

Hingga saya ditawarkan bekerja sebagai pembantu peribadi, malah dia juga pernah menggunakan duit saya sebanyak RM8,000 untuk daftar keahlian baru untuk perniagaan MLM itu.

fam shila

Kemudian pada pertengahan 2022, Eiza mendakwa Datin Fauziah sering menghubungi dan memujuknya untuk tinggal bersama kerana kemelut rumah tangga yang berlaku.

Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya. Jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

Eiza turut menafikan tidak membantu sepanjang tinggal di rumah itu sebaliknya akui menyumbang perbelanjaan keluarga tersebut membeli barang dapur, makanan kucing dan lain-lain.

pic

Dalam pada itu, dia berharap penjelasan ini dapat membersihkan namanya dan meminta masyarakat untuk mendengar cerita daripada kedua belah pihak.

Saya dikecam teruk oleh netizen gara-gara fitnah yang dibuat Shila.

6 months ago

Tinggal Bersama Sejak 2021, Shila Amzah Halau Kekasih Syafiq Keluar Banglo Miliknya - "Sila KELUAR Selewatnya Esok"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...