Tinggal Bersama Sejak 2021, Shila Amzah Halau Kekasih Syafiq Keluar Banglo Miliknya – “Sila KELUAR Selewatnya Esok”

Hiburan

Tinggal Bersama Sejak 2021, Shila Amzah Halau Kekasih Syafiq Keluar Banglo Miliknya – “Sila KELUAR Selewatnya Esok”

Konflik di antara Shila Amzah dan adik beradik serta ibunya masih belum selesai dan terbaru, penyanyi itu telah meminta dipercayai kekasih adiknya, Syafiq untuk keluar dari banglo miliknya.

Menerusi Instagram story, Shila Amzah telah memohon agar wanita dikenali sebagai Eiza itu untuk keluar dari rumah berkenaan yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Advertisement

Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, dia memberi tempoh sehingga Jumaat ini (esok) dan jika Eiza masih berdegil, Shila tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

shila

Jelas Shila lagi, dia pernah memberitahu ibunya untuk menyuruhnya keluar pada tahun lepas tetapi wanita berkenaan kembali tinggal di rumah itu tanpa kebenarannya.

Sila KELUAR dengan kadar segera. Lagi satu, jika kamu berkata apa-apa lagi tentang saya dan keluarga saya di akaun media sosial awak, saya akan hantar surat LOD.

shila

Sementara itu, menerusi soal jawab bersama pengikutnya Shila mendedahkan wanita tersebut tinggal bersama keluarganya di banglo tersebut sejak tahun 2021 lagi.

Malah, dia turut mendedahkan wanita tersebut hanya tinggal sesuka hati tanpa membantu membayar apa-apa bil utiliti rumah berkenaan.

komen

shila amzah
7 months ago

Shila Amzah Nak 'Rehat' Dulu, Tak Tahu Bila Akan Jumpa Ibu - "Kebenaran Belum Keluar Sepenuhnya, Ini Baru Sikit...."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...