Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Dengar Keluh-Kesah Anda, Apakan Daya Saya Juga Tak Mampu Bantu Lebih..” – Mila Jirin

Mila Jirin

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengajak rakan seperjuangan dalam perniagaan pengurusan perkahwinan agar terus tawakal dalam industri itu dan berdoa supaya mendapat kesinaran tidak lama lagi.

Advertisement

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Binti Jirin berkata, ramai rakan seperjuangannya di dalam industri tersebut mengeluh apabila tiada peruntukan untuk mereka semua dalam Perbentangan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini.

Jangan sedih. Tawakkallah kepada Allah. Jika Allah izinkan ia akan mudah. Jika sebaliknya jangan mengalah.

Saya mendengar keluh-kesah anda. Apakan daya saya juga tak mampu nak membantu lebih, hanya doa dan kata-kata positif dapat disalurkan agar terus memberi semangat agar terus kuat dan terus tawakal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Dalam pada masa yang sama, Mila turut berlapang dada dan sudi untuk membantu mengikut kemampuannya buat rakan industri yang terkesan dan dia juga menasihati mereka agar tidak putus asa untuk mencari alternatif lain untuk bertahan.

Advertisement
Mila JirinSumber : Instagram Mila Jirin  

 

Akibat dari penularan COVID-19 yang terjadi di negara sejak tahun lalu dan pelaksaan PKP dilakukan telah membuat industri pengurusan perkahwinan amat terjejas apabila majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan. Perniagaan pengurusan perkahwinan Mila iaitu Bizmilla turut mengalami kerugian ketika ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. brunes

    July 1, 2021 at 10:12 am

    macamana nak makbul doa kalau kau doa2 kat instagram. semua kau nak post, tau lah retis tapi pandai2 lah post quality content. tak ada orang yang nak dengar kau merengek.. dulu dapat kreta dapat rumah semua nak post bagai nak rak. call me shallow but maybe ini balasan untuk orang yang selalu riak

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top