Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Hanya Berserah Pada Allah, Mila Jirin Bimbang Nasib 100 Pekerjanya

Mila Jirin

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerajaan bermula 12 Mei lalu sehingga 7 Jun sekali lagi menimbulkan perasaan gusar dalam hati peniaga tempatan, termasuklah usahawan Mila Jirin.

Mila yang juga pengusaha katering berkata, dia kini pening memikirkan nasib lebih 100 orang pekerja di bawahnya akibat pandemik yang melanda negara pada ketika ini.

Advertisement

Perkara tersebut dizahirkan penyanyi lagu Persis Mutiara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Mila berkata dia sudah tidak pasti sama ada mampu atau tidak mengekalkan kesemua pekerjanya pada masa akan datang jika situasi pandemik kala ini masih berterusan untuk jangka masa yang lama.

“Tahun ini sekali lagi raya dengan penuh kegusaran di minda. Mampukah aku? Mampukah aku mengekalkan semua pasukanku dengan situasi sekarang. Sesungguhnya saya berserah 100 peratus kepada Allah SWT andai apa yang tidak cukup, semoga dicukupkan..”

Ujar Mila lagi, dia berasa sedih mengenangkan wajah-wajah pekerja di bawahnya kerana kewangan syarikat yang didakwa semakin meruncing dan subsidi upah yang dijanjikan kerajaan masih belum menunjukkan bayang.

Terdahulu, Mila pernah meluahkan perasaan yang sama di mana dia bimbang dengan keadaan ekonomi gara-gara perlaksanaan PKP ini sejak dari tahun lalu.

Bekas juara program Akademi Fantasia musim ke-5 itu telah menyifatkan keadaan dan situasi yang dihadapi kebanyakan peniaga kini berada dalam keadaan tenat dan membimbangkan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top