“Saya Dengan Fitnah Dah Macam ‘Best Friend'”- Emma Maembong Malas Layan Dakwaan Mengamalkan ‘Swinger’ Dalam Perkahwinan

Hiburan

“Saya Dengan Fitnah Dah Macam ‘Best Friend'”- Emma Maembong Malas Layan Dakwaan Mengamalkan ‘Swinger’ Dalam Perkahwinan

Pelakon jelita, Emma Maembong memaklumkan bahawa dia sedar namanya ada terpalit dengan kontroversi tidak bermoral iaitu ‘swinger’ dalam perkahwinannya.

Sedar nama terpalit isu kontroversi amal ‘Swinger’

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail,32, berkata dia enggan melayan kontroversi tersebut memandangkan dia dan suami tidak pernah melakukan aktiviti tidak senonoh itu.

Advertisement

Perkara itu dimaklum Emma ketika dia menghadiri majlis doa selamat dan sidang media filem Jangan Pandang Belakang 2 pada petang Isnin lalu.

Tidak mahu memanjangkan isu

Ujarnya lagi, dia dan suami memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu anak-anaknya terganggu dengan cerita kurang enak membabitkan mereka berdua setelah mereka besar kelak.

Saya sudah ada anak, saya tidak mahu anak saya membesar baca benda tidak elok. Kalau benda itu betul, saya sendiri akan cakap sama ada benar atau sebaliknya.

Setakat gosip, banyak lagi kontroversi yang datang ‘tembak’ saya sejak dulu. Sebelum kahwin, saya cuba elak sebaik mungkin macam-macam cerita.

“Saya dan gosip dah macam BFF”

Emma dalam pada itu berkata isu gosip dan kontroversi dengan dirinya seolah-olah sudah menjadi teman rapat.

Saya ini manusia biasa, saya bukan robot yang tidak buat apa-apa. Saya dengan fitnah macam sudah bestfriend.

Namun begitu, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang melampaui batas.

Ibu kepada dua anak itu juga meluahkan rasa syukur kerana rumah tangga yang dibina bersama suami, Shazli Azhar masih bahagia dan terjaga meskipun dilanda gosip murahan seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anjoulie khuzrin
2 months ago

"Ini Hubungan Yang Sangat Toksik" - Datuk Khazrul Tak Sanggup Lagi Menipu, Dedah Pertunangan Dengan Zarina Anjoulie Hanya 'Content'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...